≡ Menu

Perbezaan Hartanah Freehold Dan Hartanah Leasehold

Hartanah Freehold Dan Hartanah Leasehold

Perbezaan Hartanah Freehold Dan Hartanah Leasehold

Sama ada kita menyelak surat khabar, mahupun ternampak iklan sepanduk tentang projek pembinaan perumahan, perkara pertama yang perlu kita ambil kira adalah tentang kategori hartanah tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan kategori hartanah ini?

Setiap jualan aset hartanah yang diperdagangkan terutama rumah, akan dipecahkan menjadi dua bahagian iaitu hartanah freehold dan hartanah leasehold. Apakah perbezaan di antara kedua-duanya ini?

#Hartanah Freehold

Hartanah freehold ataupun hartanah pemegang bebas merupakan satu bentuk perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pihak pembeli. Sekiranya pihak pembeli membeli hartanah tersebut, maka segala bentuk fasiliti sama ada rumah mahupun tanah yang didiaminya menjadi hak milik pembeli secara seumur hidup. Sebagai seorang pelabur, untuk mendapatkan hartanah freehold merupakan satu cabaran yang sangat besar. Mengapa, sukarkah untuk mendapatkan hartanah freehold ini?

Kesukaran untuk mendapatkan hartanah berstatus freehold ini kebanyakkannya di kawasan Lembah Klang mahupun tempat-tempat membangunan seperti di Selangor. Walaupun tidak semua, namun ia boleh dikatakan agaka sukar. Hal ini berikutan, lokasi-lokasi tertentu ini berkemungkinan besar mempunyai projek-projek yang bakal dibangunkan pada masa akan datang.

Secara jelas, pemilikan hartanah freehold semakin berkurangan dan wujudnya nilai harga yang sangat mahal. Tambahan lagi, kebanyakkan iklan-iklan pihak pemaju hartanah bagi projek perumahan banyak yang mempamerkan status Leasehold iaitu pajakan hartanah.

#Hartanah Leasehold

Hartanah leasehold merupakan satu bentuk pemilikan hartanah secara pajakan iaitu selama 99 tahun. Selepas tempoh 99 tahun, hartanah tersebut akan menjadi semula milik kepada pemilik asal sebelum tanah itu dijual. Persoalannya di sini, adakah berbaloi untuk kita membeli hartanah berstatus leasehold?

Soal berbaloi ataupun tidak, kenaikan harga rumah terutama freehold menjadikan sebahagian daripada kita sukar membuat pilihan. Walaubagaimanapun, kita perlu bijak membuat keputusan dan membuat perbandingan dari segi tempoh pajakan, potensi pembangunan, dan sebagainya. Jangan terlalu lewat dalam membuat keputusan.

Tetapi jika anda memilih untuk tinggal di kawasan yang jauh dari pusat bandar, terutama di kawasan luar bandar,pemilikan freehold adalah lebih diutamakan kerana di kawasan ini banyak hartanah freehold amat mudah didapati.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang murah ada yang mahal, malah ada yang berbaloi ada juga sebaliknya. Persoalannya, jangan biarkan kita terlalu mengharap kepada hartanah freehold semata-mata, boleh juga jadikan hartanah leasehold sebagai aset dengan syarat kita berusaha memohon agar masa pajakan itu dilanjutkan bagi tempoh tertentu.

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. The Position Reporting to the Finance Director, the Financial Reporting Manager will be responsible for responsible for the delivery of the management and financial re...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 15 Sep 2017

Description. Responsibilities Responsible for Regional Market. covering South East Asian Countries Execute marketing plan and initiatives to drive the products line growth and obje...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. Our client is a global real estate consultancy providing full range of real estate services catering to various types of space users. While the interests and appetite ...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 18 Sep 2017

Description. The OCM LEAD for IT Services will be part of the IT Services Project team, and will work closely with partners across different IT groups so to understand needs, & ens...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 16 Sep 2017

Description. This is a highly visible role where you will work closely with senior business leaders and provide financial decision support to drive strategic plans and business per...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 17 Sep 2017

Description. The Position The successful incumbent will be responsible for all the elements of Tax Compliance for Asia Pacific where he she will work closely with the Group Tax Man...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

leasehold maksud,maksud leasehold,maksud tanah leasehold,makna feehold,maksud rumah pengangang 99 tahun,maksud status leasehold,penerangan freehold dan leasehold rumah,perbezaan hartanah leased hold,status rumah freehold
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment