≡ Menu

Khasiat Buah Lemon

Khasiat Buah LemonLemon adalah buah sitrus yang berkesan melawan jangkitan. Selain daripada membantu dalam peredaran sel darah putih dalam badan, ia juga membantu dalam menguatkan antibody dalam darah yang melawan mikroorganisma bahaya.

Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, mencegah penyakit kronik seperti strok, serangan jantung, kanser dan sebagainya. Sifatnya yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi dikatakan sangat baik bagi individu yang mempunyai masalah hipertensi. Selain itu, jus lemon juga mampu membuatkan kulit lebih licin dan cerah. Beberapa titisan jus lemon dalam air panas juga turut membantu dalam penghadaman.

Selain dapat melegakan gingivitis, stomatitis dan keradangan lidah, jus lemon juga berperanan sebagai perangsang deria rasa. Jusnya yang bersifat alkali membantu dalam mengeringkan jerawat supaya tidak merebak pada kulit wajah dan menjadikan kulit wajah jauh lebih licin dan lembut. Sifatnya sebagai perangsang deria rasa juga turut membantu dalam mencegah dan melegakan selsema biasa.

Jus lemon yang diperah secara semulajadi turut digunakan pada kesan gigitan serangga untuk melegakan racun, kesakitan, kesan lebam dan juga keradangan pada kulit. Tambahan pula, ia membantu untuk menyembuhkan osteoarthritis disamping mengurangkan rasa sakit koli dan masalah gastrik bagi individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut yang sensitif kepada sesetengah makanan. Ia juga merupakan rawatan yang baik untuk kelemumur dan rambut yang berminyak terus menjadikan rambut lebih sihat dan licin.

Begitulah banyaknya khasiat buah lemon atau jus lemon.  Walaupun ramai yang tidak mengetahuinya, namun begitu bahan organik ini mempunyai khasiatnya yang mendalam dan banyak digunakan di dalam kebanyakan produk kesihatan dalam pasaran kini contohnya seperti gel mandian, minuman, produk kecantikan dan sebagainya.

Incoming search terms:

saintis akui khasiat buah lemon
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment