≡ Menu

Kenderaan Dua Alam

IA mungkin tidak mampu memenangi sebarang pertandingan berasaskan kecantikan, namun kenderaan ini mungkin memberi kelebihan besar kepada polis atau tentera ketika menjalankan misi sukar.

Sebuah syarikat berpangkalan di Britain mereka cipta kenderaan dua alam – Phibian yang mampu memecut pantas sama ada di darat atau air.

Beberapa hari lalu, kenderaan serba boleh itu dipamerkan kepada umum menjelang persidangan tahunan Persatuan Jurutera Tentera Laut Amerika.

Menurut syarikat Gibbs Amphibians, kenderaan terbaru itu mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam ketika di air, manakala di darat, ia mampu dipandu “seperti kenderaan di lebuh raya.”

Syarikat itu berharap, reka bentuk baru dilengkapi teknologi bernilai puluhan juta ringgit akan membawa kenderaan amfibia keluar daripada kebiasaan.

Ia juga dijangka membuka jalan kepada penggunaan kenderaan amfibia lebih meluas, sama ada untuk urusan perniagaan, penguatkuasaan undang-undang atau ketenteraan.

 Pengerusi Gibbs Technologies, Neil Jenkins berkata, Phibian sengaja direka untuk menjadi kenderaan pelbagai guna di kalangan pasukan keselamatan.

“Pelbagai bencana alam era ini, seperti gempa bumi dan tsunami di Jepun, Thailand dan Sri Lanka, selain kemusnahan akibat Taufan Katrina di New Orleans, membuktikan keperluan kenderaan amfibia yang berkeupayaan tinggi, pelbagai guna serta cekap,” katanya.

Hanya dengan menekan satu butang, dan dalam tempoh beberapa saat, Phibian mampu bertukar daripada kenderaan beroda kepada bot dua kipas untuk bergerak pantas di air.

Rekaan unit pada sistem penukaran roda dan badan Phibian membolehkan ia juga berfungsi sebagai bot laju.

Melalui sistem penukaran yang dipatenkan itu, Phibian juga berkeupayaan tinggi bergerak pantas di darat.

Sebahagian besar badan Phibian diperbuat daripada gentian, menjadikan ia ringan dan mudah diangkut ke mana-mana.

Laluan kecil – kira-kira 41 sentimeter – juga membolehkan Phibian dipandu di kawasan semak samun atau hutan.

Jenkins berkata, seperti Humdinga – kenderaan amfibia lebih kecil dikeluarkan sebelum ini – Phibian sangat sesuai digunakan dalam misi menyelamat di mana saja, termasuk di kawasan yang mempunyai muka bumi sukar.

“Ia membantu polis dan tentera menjalankan misi tertentu, seperti pendaratan di pantai atau menyeberangi sungai di kawasan terpencil,” katanya.

Gibbs Technologies mula membangunkan kenderaan amfibia sejak 1997 dan melabur lebih RM600 juta dan lebih dua juta jam kerja-kerja kejuruteraan.

Pada 2004, Richard Branson mencipta rekod dunia apabila menggunakan kenderaan amfibia menyeberangi Selat Inggeris.

Dalam percubaan itu, Branson menggunakan kenderaan Aquada juga dihasilkan Gibbs Technologies – dengan kepantasan lebih empat jam berbanding rekod terdahulu.

Phibian itu mampu memuatkan tiga kru dan 12 penumpang, selain kemampuan membawa muatan 1,500 kilogram.

Pegawai Gibbs Amphibians, Chris Kourtakis berkata, syarikat itu belum membuat keputusan mengenai harga Phibian kerana beberapa aspek mengenai spesifikasi dan peraturan perlu ditangani.

“Walaupun begitu, kami menarik perhatian memberangsangkan daripada pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan negara lain,” katanya.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  George Town, Penang
 - 18 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 18 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment