≡ Menu

Kebaikan Bekam – Al-Hijamah, Bekam Darah

Prosedur membuang darah bertoksin atau dikenali sebagai bekam, terkenal dengan bahasa arabnya Al-Hijamah, adalah bertujuan untuk membersihkan salur darah dan merupakan cara detoksifikasi yang baik untuk diamalkan oleh setiap insan. Kulit manusia merupakan sel yang terbesar di tubuh manusia dimana ianya merangkumi setiap daripada badan. Oleh itu, toksin banyak berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan pelbagai masalah dalaman termasuklah penyakit kulit.

Pada dasarnya, tujuan berbekam bukanlah diamalkan untuk merawat penyakit. Ianya bertujuan untuk mencegah tubuh daripada dijangkiti pelbagai penyakit kronik. Sememangnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. Kaedah berbekam sudah lama diperkenalkan sejak daripada zaman Rasulullah S.A.W lagi. Ianya merupakan teknik rawatan dan pencegahan secara semulajadi untuk memberi kesegaran & kecergasan kepada tubuh. Berbekam juga sangat berkesan untuk menghapuskan kesakitan dan mengembalikan fungsi sel badan dengan sepenuhnya.

Tubuh badan yang sihat dan mental yang cerdas merupakan dasar kepada kesihatan yang baik. Sekiranya terlalu banyak toksin berkumpul di dalam badan, ianya akan mendatangkan pelbagai masalah yang membebankan kesihatan seseorang. Akibatnya, akan mengakibatkan kemurungan, kurang daya ketahanan badan melawan penyakit, letih lesu dan sebagainya. Keadaan ini akan sedikit demi sedikit memakan kesihatan seseorang itu sehingga mendapat pelbagai penyakit lain. Oleh itu adalah sangat disarankan agar berbekam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi membuang darah bertoksin di dalam badan dengan bekam titik sunnah.

Berbekam boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah seperti bekam angin, bekam darah dan bekam dengn menggunakan api. Bekam angin merupakan teknik berbekam tanpa mengeluarkan darah melalui hirisan atau tusukan jarum yang steril. Ianya bertujuan untuk mengembalikan keseimbangan peredaran darah. Manakala bekam darah pula menggunakan hirisan pisau atau tusukan daripada jarum steril untuk membuang sepenuhnya darah kotor yang bertoksin bagi mencuci sistem peredaran badan agar kembali sihat dan mampu menjana antibodi baharu untuk melawan penyakit.

Berbeza pula dengan bekam api dimana darah dikeluarkan dengan menggunakan cawan khas yang dibakar untuk menfhasilkan ruang hampagas untuk menyerap keluar darah bertoksin daripada tubuh melalui kaedah serapan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, biarpun berbeza kaedah, kesemua teknik bekam ini diamalkan bertujuan untuk membuang sisa toksin dalam badan.

Berbekam bukanlah rawatan yang remeh, ianya memerlukan kepakaran dan latihan yang baik sebelum boleh diamalkan.

Kebanyakan perawat bekam juga merupakan golongan yang arif dalam bidang perubatan. Ini kerana, sekiranya perawatan berbekam tidak dilakukan dengan baik dan steril, ia bukan sahaja tidak boleh memberi kebaikan kepada pesakit malah mendatangkan pelbagai komplikasi yang merbahaya seperti jangkitan kuman dalam salur darah, luka yang dalam dan sebagainya.

Secara umumnya, bekam adalah alternatif perawatan tradisional yang telah dimodenkan. Terdapat banyak penyakit yang tidak boleh dirawat diluar sana dan memerlukan kaedah berbekam untuk merawatnya. Ianya bukan sahaja disarankan oleh pakar perubatan, malah ia juga terbukti secara saintifik mampu memberi 1001 manfaat kepada pengamalnya. Semoga dengan perkongsian ini, ramai yqng mendapat manfaat daripada berbekam & akan lebih faham tentang kaedah rawatan dengan cara berbekam.

Ramco Systems
  |  Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 - 09 Mar 2019

To be part of growth story Only ERP product company in Asia Excellent work life balance Open, transparent and flexible, cool culture No hierarchies and respect only for work Skills...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Ramco Systems
  |  Bangi, Selangor
 - 12 Mar 2019

Do P&L, Balance sheet and other financial statements,. closing of. books Support Hr, Payroll and admin Skills. Chartered Accountant, Analytical Skills and Communication Skills ...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Soregor
  |  Beaufort, Sabah
 - 21 Mar 2019

Mission. Vous souhaitez intégrer une agence en plein développement disposant d'un savoir faire reconnu, et une équipe à taille humaine. L'équipe comptable du bureau de Beaufort en ...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&You est un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orien...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

paper tentang bekam
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.