≡ Menu

Jom Masak Nasi Minyak Hujan Panas

Nasi Minyak Hujan Panas

 

Bahan-bahan (untuk 5 orang)

Bahan Tumis

  •   1/2 inci halia
  •   2 ulas bawang putih
  •   1/2 biji bawang besar
  •   2 sudu besar minyak masak
  •   1 sudu besar minyak sapi
  •   1 batang kulit kayu manis
  •   2 kuntum bunga lawang
  •   3 kuntum bunga cengkih
  •   3 biji buah pelaga

Bahan Hias

  •   bawang goreng
  •   kismis

Cara-cara

  1.   Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2.   Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3.   Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4.   Masukkan beras dan gaul rata.
  5.   Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6.   Masaklah nasi sehingga masak
  7.   Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan.
  8.   Bila dah  masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  9.   Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

Selamat Mencuba….

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment