≡ Menu

Doa Setiap Wanita… Apakah Doa Anda?

Apakah doa kamu?”

“Semoga saya dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat”

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ mungkin sudah dimakbulkan Allah.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.”Apalah suamiku ini?” rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja – ‘berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ‘rumah keduanya’. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah- mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh? Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah.

Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

AIA Hong Kong
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Description. Company Name. AIA BHD Position Title. Branch Executive Department. Functional Area. Johor Bahru DU Customer Centre Reports to. Branch Head Current Job Grade Level CCB0...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 22 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

AmadeusITGroup
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Description. Summary of the role. The South East Asia (SEA) Marketing Manager is responsible for supervising and coordinating all marketing activities and act as a hand on all roun...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 1 comment… add one }
  • aisyahamir April 27, 2013, 9:47 am

    rumahtangga yg dibina kini runtuh d tgh jalan. suami seorang yg baik terhadap keluarganya. Sikap membantu, tanggungjwab yg tinggi terhadap keluarganya membuatkan hati saya terpaut padanya. Suami membeli rumah untuk dihuni kedua ibubapa dan adik beradik. Makan minum pakai dari a sampai z semua diuruskan suami. Dulu saya fikir, inilah calon terbaik buat saya kerana selepas kahwin nanti suami akan berbuat demikian kepada saya.
    Namun, harapan saya hancur berkecai. Ternyata suami hanya pentingkan keluarganya sahaja. Segala urusan rumahtangga kami, saya yang uruskan. saya redho kerana beranggapan saya sudah bekerja, jadi biarlah suami membantu keluarganya. Episod perceraian kami bermula apabila suami memaksa saya membuat pinjaman peribadi untuk kepentingan dirinya dan keluarganya. Saya enggan, namun tetap dipaksa. Pelbagai hukum hakam agama dicipta suami untuk merealisasikan impiannya. Kini saya terpaksa menanggung beban hutang pinjaman sendirian….kerana telah diceraikan setelah suami mendapat wang pinjaman. Saya dituduh bukan2 olehnya dan ahli keluarganya. Saya merasa dizalimi oleh suami dan ahli keluarganya sepanjang perkahwinan ini. Beban hutang yg ditanngung agak besar juga kerana ianya menyebabkan saya kesempitan wang. Untuk menampung kehidupan, saya melakukan kerja2 lebih masa dengan menjahit pakaian pada waktu malam sehingga mengabaikan waktu tidur. gaji saya habis gara2 loan suami.Tapi apa boleh saya buat, saya terpaksa bersengkang mata demi mencari wang yang halal. Kepada isteri yg teraniaya seperti saya, tabahlah dan sabar…saya yakin ada hikmah di sebalik ujian yg maha berat ini.pembaca sekalian doalkanlah yg terbaik untuk saya.wassalam

Leave a Comment