≡ Menu

Asal Nama Bulan-Bulan Masehi

Kita secara kebiasaannya menggunakan nama bulan-bulan mengikut tahun masehi.Tapi tahukah kita bahawanya nama bulan yang kita gunakan seperti Januari,Februari dan sebagainya itu mempunyai maksud yang tersirat tanpa diketahui.

 

Rahsia Bulan-Bulan Masehi Serta Pengertiannya.

 

JANUARI:

Berasal dari nama tuhan orang Romawi yang berwajah dua, bernama ‘Janus’. Sebelah mukanya meihat ke belakang dan sebelah lagi ke depan.

FEBRUARI :

Berasal dari bahasa latin “Februo”  ertinya mensucikan atau kesucian. Pada bulan ini bangsa Romawi pada zaman dahulu mengadakan upacara pembersihan jiwa.

MAC :

Berasal dari nama tuhan perang Romawi bernama “Mars”.

APRIL :

Berasal dari bahasa latin “Aperto” ertinya terbuka atau berkembang.Pada bulan ini biasanya bunga-bunga berkembang mekar. Orang  Saxon menyebut bulan ini ‘Easter’ sebagai penghormatan kepada tuhan musim panas.

MEI :

Berasal dari kata-kata “Maia” nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama Atlas.

JUN :

Berasal dari perkataan ‘Juno’, nama tuhan bangsa Romawi.

JULAI :

Berasal dari bahasa latin yang bererti lima kerana ia adalah bulan  kelima dalam kalendar ‘Romulus’. Namanya diambil sempena Julius Caesar yg kemudiannya diubah menjadi bulan ketujuh.

OGOS :

Berasal dari nama lama ‘Sextiles'(bulan keenam). Pada masa Kaiser Augustus beliau menggantikannya kepada bulan Augustus dan menjadi bulan  yang kelapan.

SEPTEMBER :

Berasal dari bahasa latin ‘septem’ ertinya tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan yg ketujuh tetapi telah diubah menjadi bulan yang kesembilan.

OKTOBER :

Berasal dari bahasa latin ‘Octo’ yg bererti lapan tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kesepuluh.

NOVEMBER :

Berasal dari bahasa latin ‘Novem’ yang bererti sembilan tetapi kemudiannya ditukar menjadi bulan yang kesebelas.

DISEMBER :

Berasal dari bahasa latin ‘Decem’ yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

 

Nama-nama Asal Hari Masehi:

SUNDAY : Berasal dari “Sun’s Day” yang bererti matahari.

MONDAY : Berasal dari “moon’s Day” yang bererti hari bulan.

TUESDAY : Berasal dari “Day of Tyr” sempena nama dewa perang ‘Tyr’.

WEDNESDAY : Berasal dari perkataan “Woden” nama dewa suci.

THURSDAY : Berasal dari “Day of Thor” sempena nama tuhan halilintar  ‘Thor’.

FRIDAY : Berasal dari ” Day of Freya” sempena dewa perkahwinan.

SATURDAY : Berasal dari perkataan “Saturnus” ertinya bintang saturnus.

 

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 23 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

AIA Careers
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Job Description. Ability to lead and manage ISO related activities and implement ISO to the organisation. To prepare and review related documents for ISO certification and audit p...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 24 Jul 2017

Senior Back End Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Back End Developer. You will write robust, high quality, and production ready c...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 24 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Uber
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 23 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment