≡ Menu

Apa Yang Perlu Ketika Temuduga

Petua Untuk Temuduga

Lelaki

  • Rambut hendaklah disisir rapi dan berminyak supaya kelihatan lebih kemas.
  • Pemilihan tali leher bergantung kepada baju kemeja yang dipakai.
  • Tidak dibenarkan memakai baju batik semasa sesi temuduga.walaupun sesi temuduga itu jatuh pada hari khamis dimana kakitangan kerajaan diwajibkan memakai baju batik pada hari khamis.
  • Tidak dibenarkan memakai baju melayu walaupun sesi temuduga jatuh pada hari jumaat.
  • Seelok-eloknya tidak memakai songkok atau kopiah semasa temuduga.
  • Warna stokin hendaklah sama warna dengan seluar anda.
  • Seluar digalakkan berwarna gelap seperti biru gelap dan hitam.dilarang memakai seluar jeans dan sebagainya.
  • Kasut seelok-eloknya bertali dan jenis yang berkilat.kiwi kasut anda sebelum pergi temuduga.
  • Digalakkan memakai jam tangan.

Wanita

  • Berpakaian kemas ataupun seelok eloknya memakai kemeja wanita dan tidak terlalu mendedahkan atau seksi.
  • Jika bertudung,pastikan tudung di pin dengan kemas dan biarlah menampakan muka anda(jangan pakai kulop).pastikan warna tudung masuk dengan warna bunga baju anda jika baju anda bercorak bunga dan masuk dengan warna belang di baju anda jikan baju anda berbelang.dan jika baju anda tidak bercorak(plain) warna tudung hendaklah seakan warna baju tetapi jangan sama,contoh:baju biru gelap,tudung hendaklah biru cair.
  • Jika tidak bertudung,pastikan rambut disanggul rapi dan kemas.ini bertujuan mempamerkan perwatakan anda semasa kerja sama ada kemas dan teratur atau tidak.jangan suka menyelak anak rambut semasa ditemuduga.
  • Tidak memakai eksesori keterlaluan seperti gelang emas sampai ke siku.dan tidak digalakan memakai gelang yang berloceng.ini akan menggangu sesi temuduga.
  • Memakai kasut yang bertutup dan seeloknya memakai kasut bertumit.jika kasut anda jenis yang berkilat,pastikan kiwi dahulu sebelum ke sesi temuduga.
  • Pemilihan warna stokin ialah berdasarkan warna kulit kaki anda.tidak terlalu kontra.
  • Tidak memakai baju yang terlalu kontra seperti warna oren dan merah.

 

 CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Hong Leong Bank Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

HLB is embarking on a comprehensive multi year regional BIG DATA and Analytics transformational journey encompassing products, channels and services across the different markets. W...

Cobalt Recruitment
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Inhouse. General Counsel (Malaysia). The Company. Our client is one of the leading regional banks who is in an exciting phase of development and expansion. They are currently look...

OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Auditor Operations & Finance. Responsibilities. Report to Head, Operations & Finance Audit Department. Assess business risks and evaluate the effectiveness and adequacy of internal...

KPMG PLT
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 18 Oct 2017

Description. Integrity, quality and independence are the building blocks of KPMG's approach. Fundamental to a risk based audit approach, we understand the way our clients run thei...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

keperluan temuduga askar,pakaian temuduga,pakaian untuk temuduga,contoh soalan temuduga giatmara,soalan temuduga polis konstabel,soalan lazim temuduga polis konstabel lelaki,pakaian formal untuk temuduga,soalan semasa temuduga polis,pengalaman interview polis,temuduga perhotelan untuk sambung lelajar,pemakaian temuduga konstabel lelaki,pemakaian semasa temuduga polis,apa yang perlu dibawa semasa temuduga terbuka,Pakaian Temuduga Giatmara,pakaian temuduga askar,pakaian ketika temuduga terbuka,pakaian ketik temuduga pdrm,muslimah interview engineering kurung atau kemeja sesuai,cara menghadiri temuduga terbuka,cara menghadapi temuduga terbuka,warna baju kurung plain temuduga
{ 1 comment… add one }

Leave a Comment