≡ Menu

Tiga Tahun Akhir di Makkah

Tiga Tahun Akhir di Makkah

Tiga tahun akhir di Makkah adalah rnerupakan peringkat al-Makki akhir. Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa ini lebih genting daripada peringkat-peringkat sebelumnya. Tindakan musuh-musuh Islam lebih ganas dan buas. Apa yang tersirat dalam fikiran mereka hanyalah memikirkan cara-cara untuk menghancurkan Islam dan menghapuskan Rasulullah s.a.w

Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di peringkat ini ialah:

1. Pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan tindakan- tindakan menyakiti Rasulullah s.a.w secara fizikal‘.

2. Rasulullah s.a.w melakukan lawatan ke Ta’if bagi tujuan mencari saluran baru bagi penyebaran dakwah’.

3. Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah lslam kepada masyarakat jin di Nakhlah dalam perjalanannya kembali ke Makkah dari Ta’if’.

4. Rasulullah s.a.w meminta perlindungan daripada Mut’im ibn Adi‘ untuk masuk kembali ke Makkah.

5. Rasulullah s.a.w melakukan dakwah kepada qabilah-qabilah bukan Quraisy.

6. Rasulullah s.a.w menyampaikan Islam kepada enam orang para hujjaj suku Khazraj dari Yathrib. Mereka menganut Islam dan apabila kembali ke Yathrib, menyampaikan Islam dan menceritakan berkenaan Rasulullah s.a.w sehingga tiada sebuah rumah pun di Yathrib yang tidak mendengar nama Muhammad s.a.w.

7. Isra’ dan Mi’raj Rasulullah s.a.w.

8. At-Tufail ibn ‘Amr ad-Dausi, penyair dan pemimpin Bani Daus dan‘ Yaman memeluk Islam. Tufail menjadi penyambung dalwah Islam di Yaman.

9. Sekumpulan dua puluh orang beragama Keristian dari Habasyah bertemu Rasulullah s.a.w dan menganut Islam di Masjidil Haram. Apabila mercka dihasut oleh pemimpin-pemimpin Quraisy untuk kembali kepada agama asal mereka, mereka tidak sedikit pun melayani cakap-cakap kosong pemimpin-pemimpin Quraisy tersebut‘.

10. Rasulullah s.a.w mengambil bai’ah dua belas orang yang datang daripada Yathrib. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’atul ‘Aqabah al-Ula atau Bai’atun Nisa.

11. Rasulullah s.a.w mengutuskan Mus’ab ibn ‘Umayr ke Yathrib bersama-sama kaum Ansar yang baru bcrbai’ah untuk menjadi mu’allim mereka. Mus’ab juga merupakan da’i yang sangat bekerja keras untuk menyampaikan Islam kepada semua qabilah di Yathrib.

12. Sa’d ibn Mu’adh dan Sa’d ibn ‘Ubadah menganut Islam dan berjaya mempengaruhi qabilah mereka masing-masing agar menganut Islam secara besar-besaran.

13. RasululLah s.a.w mengambil bai’ah kedua daripada kaum Ansar yang dipanggil sebagai Bai’atul Aqabah ath-Thani atau Bai’atul Qital.

14. Rasulullah s.a.w mengarahkan sahabahnya mula berhijrah sedikit demi sedikit.

15. Seluruh qabilah-qabilah Quraish bersepakat untuk membunuh Rasulullah s.a.w.

16. Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib  bersama-sama Abu Bakr.

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

We have a upcoming project in Malaysia for Excavator Operators and Wheel Loaders for rock dumping. If you are available, please send a updated CV, copy of passport and all trade qu...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Shovel Operators needed for contract in Malaysia. Please send a updated CV, copy of passport and all trade qualification certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have a ...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Barge Masters needed for project in Malaysia. Please send updted CV, copy of passport and all trade qualifiation certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have experiense...

dahmakan
  |  null, null
 - 17 Apr 2019

dahmakan is one of the fastest growing food tech startups in Southeast Asia. We make food delivery an everyday choice by delivering chef made meals below restaurant prices at the ...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.