≡ Menu

Solat Tahajud Dari Perspektif Sains

Solat tahajud ialah ibadah yang dilakukan pada malam hari, kebiasaannya pada waktu tengah  malam dan selepasnya disebalik ibadah ringkas  ini, tersembunyi rahsia-rahsia besar yang kebanyakkannya tidak diketahui oleh orang ramai. Setelah kajian demi kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis moden Islam, rahsia-rahsia disebalik suruhan Allah dapat disingkap sedikit demi sedikit. Sebenarnya semua suruhan Allah itu banyak mempunyai khazanah yang berharga dan salah satu daripada khazanah Allah itu ialah tahajjud.

 

TIDUR & SOLAT TAHAJJUD

Seandainya kita menyelak beberapa muka daripada buku -buku Kesihatan, kita akan dapati bahawa di antara cara-cara beristirehat ialah tidur, berjalan-jalan, menonton televisyen dan sebagainya. Akan tetapi mungkin terlupa bahawa solat tahajjud juga salah satu daripada cara beristirehat.

Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa tidur yang sempurna  ialah antara 6 hingga 8 jam. Jika direnung daripada pendapat tersebut seorang yang tidur pada jam 9 malam akan sempurna tidurnya jika dia bangun pada jam 5 pagi. Jadi bilakah masanya nak menunaikan solat tahajud ?! Sekiranya pendapat ini terus dipegang oleh setiap muslim, alamatnya sunyi sepilah malam lantaran tiada sesiapa pun yang bangun bertahajud

Sebenarnya pendapat ini telah disangkal oleh saintis barat iaitu Dr. Ray Meddis. Dia mengatakan waktu tidur yang sempurna hanyalah sekadar 3 hingga 5 jam sehari.

Waktu tidur yang singkat bukan sahaja berfaedah untuk beristirehat bahkan juga menjimatkan masa kita untuk melakukan kerja-kerja lain. Masa seseorang mendapat ‘deep sleep’ ialah sekitar 3 hingga 4 jam sahaja. Jadi seseorang yang tidur selama 7 hingga 8 jam hanyalah menghabiskan masa antara 2 hingga 4 jam dengan berkhayal, tidur ayam dan sebagainya.

 

KEBAIKAN TAHAJUD

Setiap ibadah yang digalakkan dalam Islam mempunyai 1001 macam hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan solat tahajud. Tahajud berupaya meneguhkan iman seseorang, membentuk peribadi yang tegas, alternatif beristirehat, senaman, ketenangan jiwa dan dapat merasai nikmat menghirup gas oksigen malam.

 

MENEGUHKAN IMAN

Ketika berdiri menunaikan tahajjud perkataan yang mula-mula sekali diucapkan ialah Allahuakbar, diikuti dengan doa iftitah dan surah Al-fatihah, setiap kalimah yang diucapkan ini, sekiranya dihayati dan difahami akan setiap maknanya akan memantapkan lagi tauhid kepada Allah S.W.T. Contohnya apabila kita melafazkan kalimah Allahuakbar, tauhid kita kepada Allah akan menebal melahirkan rasa bahawa Allah itu bersifat Maha Besar.solat tahajud2

Iman yang teguh akan melahirkan muslim yang berperibadi mulia kerana kepercayaan kita kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, hari kiamat, dan qada & qadar akan melahirkan muslim yang bersifat terpuji.

 

SENAMAN & ISTIREHAT

Di samping tidur dan bersenam, tahajjud juga merupakan cara bersenam dan beristirehat. Setiap gerakan dalam solat tahajud mempunyai rahsia yang berupaya menggantikan senaman dalam kehidupan seharian kita.

Secara kasarnya semasa berdiri tegak dan mengangkat takbir; secara tidak langsung rongga toraks di dalam peparu kita di besarkan isipadunya. Isipadu rongga toraks yang tinggi membenarkan lebih banyak udara yang masuk ke dalam peparu dan lebih banyak oksigen diserap ke dalam badan. Sebagai mana yang kita maklumi udara sejuk pada waktu malam, menjadi lebih tumpat daripada udara pada waktu siang harinya. Ini menyebabkan udara lebih tepu di permukaan bumi. Nikmat menghirup oksigen ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang bertahajjud sahaja.

Didalam keadaan sujud , seluruh berat dan daya badan dipindahkan sepenuhnya pada otot tangan, kaki, dada, perut, leher dan jari kaki.

Proses ini berulang-ulang sehingga berapa rakaat kita mengerjakan tahajjud.Selepas oksigen disedut, ia akan diedarkanke seluruh badan dengan lancarnya kerana pergerakan otot semasa rukuk dan sujud.

Selain itu, dalam solat juga duduk antara dua sujud & tahiyyat dapat melibatkan pergerakan daripada tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.

Berbagai cara yang dilakukan oleh manusia bagi menghilangkan perasaan ‘stress’kerana perasaan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Ada yang menenangkan hati dengan menonton tv, ada juga yang mendengar radio dan sebagainya. Islam telah meletakkan panduan untuk menenangkan hati. Allah berfirman di dalam  Al-Quran ‘adalah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati.

Tahajjud dapat mengubati keadaan ini kerana semasa bertahajjud , kita sentiasa mengingati Allah. Segala kekusutan di dunia dapat dilupakan buat sementara. InsyaAllah akan menjadi tenang.

Wallahua’lam…

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

We have a upcoming project in Malaysia for Excavator Operators and Wheel Loaders for rock dumping. If you are available, please send a updated CV, copy of passport and all trade qu...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Shovel Operators needed for contract in Malaysia. Please send a updated CV, copy of passport and all trade qualification certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have a ...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Barge Masters needed for project in Malaysia. Please send updted CV, copy of passport and all trade qualifiation certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have experiense...

Constructions Métalliques Florentaises
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 18 Apr 2019

Entreprise Le Groupe CMF (195 personnes, 33 M. de CA), est le spécialiste reconnu de la gestion du climat. clés en main. dans les serres (horticole, maraîchère) et bâtiment ERP (ja...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.