≡ Menu

Sepintas Lalu Puasa Ramadan

Ramadan

DEFINISI PUASA

Bahasa: Menahan

Syarak: Menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

DALIL PUASA

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”(Surah al-Baqarah 2: 183)

Hikmah Puasa

1.Melatih diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.

2. Menahan diri daripada mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.

3. Menginsafkan diri sendiri dalam mengenang bahawa kita ialah hamba Allah yang lemah.

4. Tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dan rezeki kepada kita.

5. Mendidik jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan-suruhan yang lain.

6. Menyucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati.

7. Melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusuhan dan segala cubaan daripada Allah terhadap kita.

8. Melatih diri agar menjadi seorang yang amanah berpuasa.

9. Memelihara diri daripada terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.

10. Melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong-menolong sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang susah dan sebagainya.

11. Menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.

12. Menguatkan keimanan kita terhadap Allah.

13. Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

14. Menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang kaya terhadap golongan yang lebih memerlukan.

Syarat Wajib Puasa

1.Islam.

2. Baligh.

3. Berakal atau waras.

4. Mampu atau tidak uzur.

Syarat Sah Puasa

1. Orang Islam.

2. Berakal.

3. Suci daripada haid dan nifas.

4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa iaitu bukan waktu yang diharamkan berpuasa.

Rukun Puasa

1. Berniat.

2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Perkara yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada kadar yang sedikit.

2. Muntah dengan sengaja.

3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja.

4. Keluar darah haid atau nifas.

5. Gila (hilang akal).

6. Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.

7. Merokok pada waktu siang.

8. Murtad (keluar daripada Islam).

9. Memasukkan sesuatu kedalam rongga terbuka. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka seperti kerana ingin berwuduk.

Jenis-Jenis Puasa

Puasa Wajib

1. Puasa bulan Ramadan.

2. Puasa qada.

3. Puasa nazar.

4. Puasa kifarat.

Puasa Sunat

1. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

2. Puasa pada hari Asyura pada 10 Muharam.

3. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

4. Puasa pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan Hijriah (puasa hari putih).

5. Puasa pada hari hari Arafah (9 Zulhijah).

6. Puasa pada 1-9 haribulan pada bulan Muharam.

7. Puasa pada bulan Rejab.

8. Puasa pada bulan Syaaban (kecauli hari syak).

9. Puasa pada 1-8 haribulan pada bulan Zulhijah.

Golongan yang Diberikan Rukhsah Puasa

Golongan di bawah diberikan kelonggaran iaitu harus berbuka puasa jika berada dalam keadaan yang memudaratkan:

1. Orang yang sakit.

2. Orang yang bekerja sebagai buruh.

3. Orang yang bermusafir.

4. Orang tua yang sangat lemah.

5. Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Ramco Systems
  |  Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 - 09 Mar 2019

To be part of growth story Only ERP product company in Asia Excellent work life balance Open, transparent and flexible, cool culture No hierarchies and respect only for work Skills...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Ramco Systems
  |  Bangi, Selangor
 - 12 Mar 2019

Do P&L, Balance sheet and other financial statements,. closing of. books Support Hr, Payroll and admin Skills. Chartered Accountant, Analytical Skills and Communication Skills ...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&You est un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orien...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&Youest un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orient...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Next post:

Previous post: