≡ Menu

Seorang Penyanyi Telah Berjaya Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Dalam Penjara

Khatam Al-Quran Lebih 100 Kali Di Penjara Oleh Seorang Penyanyi

Penyanyi kumpulan rock 90-an Spring, Ameng mendedahkan dirinya mengalami kemurungan pada tahun pertama menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah.

Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata perasaannya sangat tertekan apabila membayangkan dirinya perlu hidup dalam penjara selama lapan tahun.

Melalui kehidupan didalam penjara selama lapan tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan malah bagi Ameng Spring, beliau akui mengalami kemurungan teruk pada tahun pertama menjalani hukuman penjara akibat kesalahan dadah. Namun semangatnya kembali bangkit apabila dirinya mula mendalami ilmu agama.

“Nak senyum pun sudah tak berdaya. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Ketika solat menangis, malah ketika nak makan pun menangis. Tiada kawan untuk bercakap dan mengadu. Masa itu saya bagaikan hilang keyakinan diri kerana membayangkan suatu masa nanti boleh jadi gila dengan keadaan begitu di penjara”

“Setiap hari saya akan cari seorang daripada banduan yang pandai mengaji dan minta dia mengajar. Saya akhirnya berjaya khatam al-Quran dalam tempoh empat bulan dan dalam tempoh itu juga saya mampu mengajar orang lain,” jelasnya kepada Projek MMO berkongsi tentang bagaimana beliau melalui kehidupan di penjara.

Sebelum ini, Ameng telah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada April 2011 di atas tiga kesalahan, dimana dua daripadanya kerana memiliki dadah. Bagaimanapun, beliau dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun lalu selepas diberi pengampunan kerana berkelakuan cemerlang.

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.