≡ Menu

Petua Nenek Moyang

Petua Nenek Moyang

Elak ikan melekat ketika digorengkan

Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng.

Menjadikan wajah berseri

Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yang besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus

Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit air limau nipis. Campurkan semua bahan di dalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk

Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas

Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yang terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi s.a.w sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut

Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. lnsya Allah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak

Caranya sebelum merebak ke seluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Equip Medical (M) Sdn Bhd
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 25 Jun 2019

Responsibilities Manage a portfolio of accounts to achieve long term success.Develop positive relationships with clients.Act as the point of contact and handle customers' individua...

Ellen Tan Agency
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 25 Jun 2019

Responsibilities We seek candidates with entrepreneurial spirit.Develop positive working relationships with existing clients and generating new sales.Explain policy specifics so cl...

Acestahl Group of Companies
  |  Shah Alam, Selangor
 - 25 Jun 2019

JOB DESCRIPTIONS & REQUIREMENTSProvide a safe and reliable transportation for our employer from one destination to another safelyEnsure the vehicles is under well maintained, clean...

Genting Malaysia Berhad
  |  null, null
 - 25 Jun 2019

Job Descriptions. Works with operations leadership team to identify and draw an overall training and development plan that addresses needs and expectations. Plans, designs and deve...

Chrisjac Recruitment Services
  |  Shah Alam, Selangor
 - 25 Jun 2019

Position Sales Order Support ExecutiveSalary. RM 2500 3000.Job location. Shah Alam. Our client is a multi nation.al company manufacturing integrated circuit lead frames for semi co...

CareerMaster Sdn Bhd
  |  null, Selangor
 - 25 Jun 2019

It is CAREERMASTER's VisionTo Be The Top Choice in Human Capital Solutions across South East Asia.Today, CareerMaster represents clients from small homegrown (local) companies to l...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

petua nenek moyang
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Next post:

Previous post: