≡ Menu

Pesawat A380 Malaysia Airlines Di KLIA

Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), dijangka mendarat di bumi Malaysia pada jam kira-kira 3.00 petang ini.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, semalam dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.

Ketua Pegawai Operasi Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.

Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.

“Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh,” katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan. A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.

Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julai mengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelum melakukan perkhidmatan harian pada Ogos.

Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400. — Bernama

Ramco Systems
  |  Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 - 09 Mar 2019

To be part of growth story Only ERP product company in Asia Excellent work life balance Open, transparent and flexible, cool culture No hierarchies and respect only for work Skills...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Ramco Systems
  |  Bangi, Selangor
 - 12 Mar 2019

Do P&L, Balance sheet and other financial statements,. closing of. books Support Hr, Payroll and admin Skills. Chartered Accountant, Analytical Skills and Communication Skills ...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&You est un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orien...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&Youest un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orient...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

pilot yang pertama membawa pesawat malaysia airline airbus a380 pertama mendarat di malaysia
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.