php hit counter

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Iman ialah Tasdiq (membenarkan). I’tikad di dalam hati kepada apa yang di ketahui daripada Deen Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W  serta ikrar dengan lidah dan amal. Tasdiq itu mestilah menerima dengan redha dengan semuanya, tidak ada engkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk – juzukkan (memecah-mecahkan) kepercayaannya.

Firman Allah :

فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (٦٥)

Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.  An-nisa’ :65

Iman itu mungkin tercabut dengan beberapa sebab yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. Diantaranya yang ditegaskan oleh Al-Imam At-Tohawi Rahimahullah di dalam kitabnya. Perkara yang boleh membatalkan iman ialah:

  • Mengingkari sifat Rububiyah atau mencelanya
  • Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya
  • Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah.
  • Mengingkari atau mencela Rasulullah S.AW.

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan I’tiqad, perkataan dan perbuatan di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar dari agama Islam dan syahadahnya tidak sah. Nauzubillah…

Penjelasan keterangan:

 1.  Mengingkari Sifat Rububiyyah atau mencelanya

Tauhid Rububiyyah ialah mengakui bahawa Dialah tuhan yang Maha Pencipta, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki  segala-galanya dibawah pengetahuannya, kehendak dan kebijaksanaanya yang tidak terhingga.

Maka setiap I’tikad, perkataan dan tindak tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah.

 2.  Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan Sifat-sifatNya.

Allah dan Rasul telah mensabitkan baginya beberapa nama dan sifat dan menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan yang demikian itu, maka dia menjadi kafir.

Mengkafirkan sifat-sifat Asma Allah itu dengan dua cara iaitu kafir Nafi dan kafir Isbat

Kafir Nafi itu ialah menidakkan mana-mana sifat Allah atau mentakwilkan dengan takwil yang kurang  atau menghadkan kesempurnaan Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk.

Kafir Isbat itu  ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat mustahil bagi Allah seperti Allah ada anak, isteri, Dia tidur, mati dan lain-lain.

 3.  Mengingkari atau mencela Sifat Uluhiyyah.

Iaitu perkataan atau perbuatan atau I’tikad yang mengingkari bahawa Allah sahaja yang wajib disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadanya tidak berhak di sembah.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Banyak manusia yang secara sedar atau tidak sedar telah mengingkari sifat Allah ini.

Sesungguhnya kebanyakkan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rububiyyah, tetapi mereka mengingkari di dalam I’tikad, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah, mengakui hukum dan undang-undang yang lain lebih baik dari syariat Allah dengan hati dan lidah.

 4.  Mengingkari Atau Mencela Rasulullah S.A.W.  Atau Kerasulannya

Iaitu perkataan atau perbuatan I’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau keperibadian Rasulullah S.A.W.  dan mengingkari pengkhabaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W.

Digolongkan juga di kalangan orang yang batal imannya jika mengingkari Al Quran kerana Al Quran itu di sampaikan oleh nabi.

Begitu juga jika mengingkari hukum menurut nas Al Quran dan Al Hadis seperti wajibnya solat, zakat, haji, halal, haram, bab nikah kahwin, hudud dan sebagainya.

Berkata Al Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah ketika menafsirkan ayat Allah :

إِنَّا أَنْزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ فَلا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ (٤٤)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maidah : 44)

Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tiqad  dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap ummat Islam itu mesti memerintah dengan adil . Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan banyak sekali orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang tidak diturunkan oleh Allah seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang harus dilaksanakan, bukannya Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.

Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman

3 thoughts on “Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman”

  1. boleh tak terangkan secara terperinci tentang keperluan iman dalam kehidupan . sila jelaskan dan sila berikan maklum balas secepat mungkin ye .

    1. Perkara Iman adalah asas dalam sifat ketuhanan…jadi…dalam hal akidah kepercayaan 100% tanpa ragu2 sedikit pon..Ini kerana ia merupakan tunjang dalam iman..

      Iman juga merupakan pokok dalam Islam iaitu asas pegangan

      Antara kepentingan iman yang boleh di kumpulkan ialah :
      1- Masuk Islam menggugurkan semua dosa sebelumnya.

      2- Kehidupan yang baik.

      3- Aman dari kesesatan di dunia dan dari kecelakaan diakhirat.

      4- Mendapatkan ampunan Allah dan pahala yang besar.

      5- Orang-orang ang beriman adalah sebaik-baik makhluk.

      6- Harta, darah, dan kehormatan orang beriman terjaga.

      7- Hanya orang beriman yang masuk syurga.

      8- Jika masuk neraka karena dosa-dosanya, pasti akan keluar

      9- Hanya amal orang beriman yang diterima.

      10- Siksaan untuk orang kafir tidak ditebus dengan harta, atau lainnya.

      Wallahua’lam

Leave a Reply to ar rayah world news Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.