≡ Menu

Perbezaan Hartanah Freehold Dan Hartanah Leasehold

Hartanah Freehold Dan Hartanah Leasehold

Perbezaan Hartanah Freehold Dan Hartanah Leasehold

Sama ada kita menyelak surat khabar, mahupun ternampak iklan sepanduk tentang projek pembinaan perumahan, perkara pertama yang perlu kita ambil kira adalah tentang kategori hartanah tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan kategori hartanah ini? Setiap jualan aset hartanah yang diperdagangkan terutama rumah, akan dipecahkan menjadi dua bahagian iaitu hartanah freehold dan hartanah leasehold. Apakah perbezaan di antara kedua-duanya ini?

#Hartanah Freehold

Hartanah freehold ataupun hartanah pemegang bebas merupakan satu bentuk perjanjian jual beli di antara pemaju dengan pihak pembeli. Sekiranya pihak pembeli membeli hartanah tersebut, maka segala bentuk fasiliti sama ada rumah mahupun tanah yang didiaminya menjadi hak milik pembeli secara seumur hidup. Sebagai seorang pelabur, untuk mendapatkan hartanah freehold merupakan satu cabaran yang sangat besar. Mengapa, sukarkah untuk mendapatkan hartanah freehold ini?

Kesukaran untuk mendapatkan hartanah berstatus freehold ini kebanyakkannya di kawasan Lembah Klang mahupun tempat-tempat membangunan seperti di Selangor. Walaupun tidak semua, namun ia boleh dikatakan agaka sukar. Hal ini berikutan, lokasi-lokasi tertentu ini berkemungkinan besar mempunyai projek-projek yang bakal dibangunkan pada masa akan datang.

Secara jelas, pemilikan hartanah freehold semakin berkurangan dan wujudnya nilai harga yang sangat mahal. Tambahan lagi, kebanyakkan iklan-iklan pihak pemaju hartanah bagi projek perumahan banyak yang mempamerkan status Leasehold iaitu pajakan hartanah.

#Hartanah Leasehold

Hartanah leasehold merupakan satu bentuk pemilikan hartanah secara pajakan iaitu selama 99 tahun. Selepas tempoh 99 tahun, hartanah tersebut akan menjadi semula milik kepada pemilik asal sebelum tanah itu dijual. Persoalannya di sini, adakah berbaloi untuk kita membeli hartanah berstatus leasehold?

Soal berbaloi ataupun tidak, kenaikan harga rumah terutama freehold menjadikan sebahagian daripada kita sukar membuat pilihan. Walaubagaimanapun, kita perlu bijak membuat keputusan dan membuat perbandingan dari segi tempoh pajakan, potensi pembangunan, dan sebagainya. Jangan terlalu lewat dalam membuat keputusan.

Tetapi jika anda memilih untuk tinggal di kawasan yang jauh dari pusat bandar, terutama di kawasan luar bandar,pemilikan freehold adalah lebih diutamakan kerana di kawasan ini banyak hartanah freehold amat mudah didapati.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang murah ada yang mahal, malah ada yang berbaloi ada juga sebaliknya. Persoalannya, jangan biarkan kita terlalu mengharap kepada hartanah freehold semata-mata, boleh juga jadikan hartanah leasehold sebagai aset dengan syarat kita berusaha memohon agar masa pajakan itu dilanjutkan bagi tempoh tertentu.

Ramco Systems
  |  Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 - 09 Mar 2019

To be part of growth story Only ERP product company in Asia Excellent work life balance Open, transparent and flexible, cool culture No hierarchies and respect only for work Skills...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 10 Mar 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

Ramco Systems
  |  Bangi, Selangor
 - 12 Mar 2019

Do P&L, Balance sheet and other financial statements,. closing of. books Support Hr, Payroll and admin Skills. Chartered Accountant, Analytical Skills and Communication Skills ...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&You est un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orien...

Work&you
  |  Beaufort, Sabah
 - 13 Mar 2019

lepostequilvousfaut. Rémunération sur 13 moisUne équipe à taille humaineLa force d'un groupe internationalWork&Youest un cabinet de recrutement national innovant, moderne et orient...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.