Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun, namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya semua urusan berjalan lancar dan apabila kedua-dua belah keluarga kami bertemu, kami bersetuju untuk mengetepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan supaya kami menggantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri mengikut kemampuan saya.
Namun setelah membeli, didapati nilai barang perhiasan yang pihak perempuan cadangkan lebih daripada apa yang sayamampu. Mungkin ini salah faham daripada pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini, saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas adalah dengan meminjam dari bank. Pun begitu, saya faham bahawa haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran, lebih-lebih lagi jika wang hantaran bersumberkan pinjaman dari bank? Saya juga khuatir sekiranya wang hantaran itu lebih untuk menunjuk-nunjuk dan akhirnya menyebabkan majlis saya nanti
tidak mendapat keberkatan. Oleh kerana perkahwinan untuk memulakan hidup baru, saya cuba untuk berhati-hati kerana takut terlibat dengan riba. Semoga ustaz dapat memberikan penjelasan. Jawapan: Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung. Semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut ialah respons saya: 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah Iebih baik dan mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana ia menyukarkan pihak yang kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan suami isteri, di samping mudah dihinggapi riyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan. Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh Islam, namun itu bukanlah suatu yang terbaik. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” (Riwayat lbn Hibban) Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya.” (Riwayat al-Tabarani. Hadis marfu’namun lemah pada sanadnya) Juga hadis lain yang bermaksud: “Wanita-wanita yang paling diberkati dalam kalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya) 2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua belah keluarga telah bersetuju untuk mengadakan majlis secara ala kadar bagi
meraih keberkatan. Maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan bemenaan nilai hantaran yang mereka harapkan berada di luar jangkaan dan kemampuan saudara. Itu amat penting supaya tidak menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan. 3. Tidak salah meminjam untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan atau sebagai hantaran. Yang salah serta dosa besar ialah perbuatan meminjam dari bank konvensional secara pinjaman riba yang dikenakan interest rate, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat pembiayaan peribadi dari institusi kewangan Islam untuk memperoleh tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh syariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit. Cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan. Urus Niaga di Pasar Malam Gharar? Pertanyaan saya berkaitan jual beli di pasar-pasar malam. Kebanyakan penjual makanan tidak meletakkan tanda harga. Setelah memilih lank-pauk, makanan dan sebagainya, kemudian barulah kita membayarnya. Hanya ketika itu kita mengetahui harga makanan tersebut. Jika kita tidak bertanya harga setiap satu Iauk dan makanan itu,
adakah kita terlibat dengan gharar? Mohon jawapan daripada ustaz. Jawapan: Sebelum itu, elok jika kita dapat sama-sama melihat definisi gharar menurut istilah syariah iaitu: “Sesuatu yang tidak diketahui akibat atau risiko yang sama sisinya, atau sama ada ia wujud atau tidak. (Al-Kasani, Bada’i‘ al-Sana’i‘, jil. 5, hlm. 263; al-Sarakhsi, al-Mabsut, jil. 3, hlm. 194) Nabi Muhammad s.a.w. menegaskan yang bermaksud: “Nabi melarang daripada menguruskan perniagaan dengan gharar.”
(Riwayat Muslim, jil.5, hlm. 3) Jahalah pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas sama ada berkenaan barang yang dibeli atau harga barang yang perlu dibayar. Secara ringkas, semua kategon di atas termasuk dalam kategori jahalah dan boleh juga dikategorikan sebagai gharar atau ketidaktentuan. Memang benar, tidak meletakkan harga ialah cara yang kurang baik, boleh membawa syubhah dan adakala boleh membawa kepada gharar fahish atau gharar besar yang merosakkan akad. Pun begitu, dalam konteks membeli di pasar atau bazar Ramadan, tahap gharar ini telah menjadi berkurangan disebabkan pembeli berpeluang bertanya harga sebelum membayar dan seterusnya boleh membatalkan pembelian atau mengurangkan item yang dibeli jika tidak berpuas hati dengan harga mahupun barangan. Selain itu, nilai harga pembelian makanan di pasar-pasar malam adalah kecil dan biasanya sekitar bawah RM100 sahaja. Jika makanan pula, biasanya sekitar RM3O ke bawah purata nilai pembelian. Disebabkan nilai sebegitu biasanya telah diketahui oleh pembeli, ketidaktahuan mereka pada saat itu tidak menjadikan gharar dalam kontrak begitu serius sehingga membatalkan akad. Ia digelar gharar yasir atau gharar yang kecil. Ini berbeza dengan situasi jika pesakitbertemu doktor perubatan atau pemilik kereta bertemu mekanik, iaitu biasanya gharar dalam harga bagi kedua-dua perkhidmatan dan produk ini lebih berbahaya kerana ia melibatkan nilai yang besar, sukar ditarik semula atau dibatalkan, malah pelanggan seolah-olah terpaksa membayar walaupun tidak bersetuju dengan harganya.
Gaji saya rm900 boleh tak buat pinjaman rm5000 untuk perkahwinan saya pada awal bulan depan kalau boleh bagi tahu saya 0173473520