≡ Menu

Mari Bersidang di Mahkamah Hati

Mari Bersidang di Mahkamah Hati

Sering diperingatkan bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Jika adapun hanya sementara kemudian rasa gelisah itu akan datang lagi dengan lebih mengigit. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi berdosa kepada Allah.

Orang yang berdosa ialah orang yang bersalah. Orang bersalah perlu diadili di mahkamah. Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya ialah manusia. Acap kali, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia diperdaya. Justeru sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Lalu, masyhurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mahkamah kedua ialah mahkamah akhirat, yang hakimnya ialah Allah Yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau sepandai mana sekalipun bersilat kata. Saksi dan bukti sangat autentik dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi dan pendakwa. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan menjadi saksi.

Mahkamah ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya ialah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa berkata benar walau cuba dinafikan dan dipendamkan oleh tuannya. Protes hati kecil ini terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan bafin yang mampu menghantar pemiliknya ke lembah sakit jiwa yang menyesakkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan dan dinafikan di hadapan manusia, tetapi mana mungkin disembunyikan daripada Allah dan diri sendiri. Kita mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, bagaimana kita boleh menafikan kesalahan dan dosa apabila diadili oleh mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan pada setiap suasana, hati kecil akan bersuara. Ia tidak tega dengan kesalahan. Ia tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu sangat memberi kesan kepada hati. Apabila kita berdosa, hakikatnya kita melakukan dua “perlanggaran”. Pertama, perlanggaran atas fitrah hati yang secara tabiinya bersifat baik. Kedua, perlanggaran terhadap hak Allah, Zat Yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah hati yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan Fitrah ini kurniaan Allah, yang dengannya manusia boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah yang suka akan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu diabaikan apatah lagi dinafikan, tunggulah penderitaan dan kesempitan!

Rasulullah s.a.w. sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanya, apakah itu dosa? Baginda menjawab: “Dosa ialah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka omng lain melihat kamu melakukannya.”

Oleh sebab itu, awaslah wahai setiap diri kerana dosa itu umpama racun. Bahananya akan merosakkan diri secara perlahan-lahan atau mendadak. Nikmatnya hanya seketika sedangkan dosanya berkekalan dan akibat buruknya panjang.

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri, apakah hidup kita diredai? Berapa banyak dosa yang telah kita Iakukan? Insya-Allah, hati itu tidak akan berdusta. Di samping Allah tahu siapa kita, kita sendiri juga tahu siapakah diri kita yang sebenarnya. Jadi, janganlah berpura-pura. Siapa yang cuba kita tipu? Manusia? Allah? Atau diri kita sendiri?

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 17 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 17 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.