≡ Menu

Khusyuk Dalam Solat


makna-bacaan-solat

Menurut Almarhum al-Sheikh Muhammad  Mutawalli al-Sha’rawj, perkataan”aflah(فلاح)” yang terdapat dalam firman Allah s.w.t. ini bermaksud beruntunglah.

Keuntungan yang dimaksudkan itu diraih dalam jangka masa yang panjang. Ini disebabkan “aflah”berakar umbi daripada perkataan “falah (فلاح)” yang merujuk kepada kejayaan, manakala “fallah” adalah kegiatan pertanian. Jadi sebagaimana petani bersabar atas panjangnya masa yang diambil untuk menantikan hasil taninya (kejayaan), maka begitulah juga masa yang diambil oleh seseorang hamba yang beramal soleh dalam “menanam” sehingga dia mendapat hasilnya nanti di akhirat.

Khusyuk pula merujuk kepada kepatuhan, tunduk dan merendah diri kepada Allah. Ini merupakan antara maksud seperti yang dijelaskan oleh al-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya al-Mufradat.

Mafhum daripada ayat di atas menunjukkan bahawa orang yang tidak khusyuk dalam solat tidak termasuk dalam golongan yang mendapat kebahagiaan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya “Jika kita menunaikan solat lima waktu yang telah diwajibkan oleh Allah dengan wuduk yang sempurna, tepat pada waktunya serta dilaksanakan dengan penuh khusyuk, maka Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosa kita. Orang yang tidak melakukan perkara tersebut tidak termasuk dalam janji Allah. Jika Allah menghendaki keampunan, maka Allah mengampuninya. Dan jlka Allah menghendaki seksaan, maka Allah akan menyeksanya.” (Riwayat Abu Daud)

Sifat Pertama yang Diangkat dari Bumi

Huzaifah bin al-Yaman mengingatkan kita dalam nasihatnya: “Perkara yang pertama hilang daripada agama kalian ialah khusyuk. Manakala sesuatu yang terakhir hilang daripada agama kalian ialah solat. Ramai orang yang menunaikan solat, namun tidak ada kebaikan padanya. Jika kamu masuk ke dalam masjid, kamu pasti akan melihat orang yang tidak khusyuk dalam s0latnya.”

Seorang hamba datang kepada tuannya lalu berkata: “Tuan, adakah tuan melihat di mana bekas makanan kuda?” Si tuan menafikan. Walau bagaimanapun, si tuan kemudian pergi untuk menunaikan solat. Selesai solat, dia berkata: “Bekas itu ada di sana.” Hamba sahaya itu berkata: “Tuan harus mengulangi solat kerana dalam solat tuan mencari-cari bekas tuan yang hilang.”

Seorang ulama salaf berkata: “S0lat ibarat pelayan yang menunjukkan barang milik tuannya. Solat yang tidak khusyuk sama keadaannya dengan seorang pelayan yang tuli, buta, kudung kaki dan tangannya. Demikian perumpamaan solat yang tidak khusyuk sama dengan sekujur jasad yang tidak sempurna atau dalam aspek lain, solat yang tidak sempurna menyamai jasad yang sudah kehilangan rohnya. Adakah seseorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang wanita yang telah mati? Walau bagaimana cantik dan indah rupa parasnya, namun tiada ertinya lagi kerana ketiadaan roh dalam diri wanita tersebut. Demikianlah Allah Maha Sempurna tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan solat tidak akan termasuk amal kebaikan, jika tidak mempunyai roh.”

Saudaraku tercinta, solatlah dengan solat yang menemukanmu dengan Zat yang kamu sembah. Atau raihlah Zat yang kamu sembah, kemudian temukan Dia dalam solatmu.

Seorang fasiq bersabar berada di bawah pukulan raja hingga orang ramai berkata: ‘Dia seorang yang sabar.’ Dan dia bangga dengan gelaran itu. Sedangkan aku berada di hadapan Tuhanku, adakah patut bagiku menggerakkan tubuhku hanya kerana seekor lalat?”

Menangis kerana Khusyuk

Pada suatu malam, Muhammad bin al- Munkadir menunaikan solat. Tiba-tiba dia  menangis dan tangisannya semakin lama semakin kuat.

Selesai solat, ahli keluarganya bertanya:  “Apa yang menyebabkan kamu menangis?”  Muhammad bin al-Munkadir cuba menjawab  dengan gagap, namun beliau masih fana dalam tangisannya.

Akhirnya, keluarganya pergi menemui Abu  Hazim Mereka menceritakan perkara yang  telah dialami oleh Muhammad bin al-Munkadir.

Abu Hazim bevjumpa dengan Muhammad bin  al-Munkadir. Ternyata beliau masih menangis.

Abu Hazim bertanya: “Saudaraku, apa yang menyebabkan kamu menangis? Seluruh  keluargamu sangat membimbangi keadaan kamu. Adakah terdapat orang telah  menyakitimu atau mungkin kamu mempunyai  masalah?”

Muhammad bin al-Munkadir berkata: “Hatiku cemas ketika membaca firman Allah dalam  solatku.”

“Apakah ayat itu?” tanya Abu Hazim. Lalu,  beliau membaca ayat ke-47 surah al-Zumar yang bermaksud: “Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang belum pernah  mereka sangkakan.”

Mendengar ayat ini, Abu Hazim turut  menangis hingga tangisannya kedengaran  begitu kuat. Mereka berdua sama-sama  menangis.

Salah seorang anggota keluarga Muhammad bin al-Munkadir berkata: “Kami memanggil  tuan untuk mengubati saudara kami.”

Kemudian Abu Hazim memberitahu mereka perkara yang membuat Muhammad bin al- Munkadir menangis.

Begitulah, betapa khusyuknya solat Muhammad bin al-Munkadir.

Rasulullah Orang Paling Khusyuk

Contoh tentang kegembiraan Rasulullah s.a.w. temadap pertemuan Baginda dengan Allah s.w.t. terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.ha.: “Kami sedang bersembang dengan Nabi s.a.w. Apabila tiba waktu solat, Baginda seakan-akan tidak mengenali kami dan kami tidak mengenalinya.”

Kelakuan Nabi s.a.w. seperti ini tentulah menunjukkan kegembiraan hati Baginda untuk bertemu dengan Allah s.w.t. sehinggakan Baginda seolah-olah terlupa dengan manusia sekelilingnya. Sikap yang sama dipamerkan oleh cicit Baginda s.a.w. iaitu Ali Zainal Abidin. Ketika beliau berwuduk, warna kulit wajah beliau berubah menjadi pucat. Isterinya bertanya: “Apa yang menimpamu sewaktu kamu berwuduk?” Ali Zainal Abidin menjawab: “Adakah kamu tahu siapa orang yang ada di hadapanku ketika aku menunaikan solat?”

Seseorang berkata kepada Khalaf bin Ayyub: “Bukankah lalat itu mengganggumu saat kamu sedang solat? Usir Ialat itu dari dirimu.”

Khalaf menjawab: “Tidak ada sesuatu pun yang boleh merosakkan solatku.

Selain itu, terdapat kisah ulama termulia daripada kalangan tabiin; Muslim bin Yasar, mengenai khusyuknya solat beliau. Pada suatu hari, beliau menunaikan solat di Masjid Basrah. Tiba-tiba, satu bahagian dinding bangunan masjid runtuh. Orang ramai berkerumun ke masjid untuk melihat perkara yang berlaku. Namun, Muslim bin Yasar tidak menyedari bahagian dinding masjid itu runtuh sehinggalah selesai solatnya.

Hitung Khusyukmu dalam Solat

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Orang yang menunaikan solat, pahala solatnya tidak ditulis berdasarkan kuantiti solat. Baik ia setengah daripada solatnya, tidak juga sepertiga, seperempat, seperlima, seperenam atau sepersepuluh daripadanya.”

Rasulullah s.a.w. melanjutkan sabdanya: “Namun, yang dicatat daripada solat seseorang adalah seberapa nilai kekhusyukannya.”

Justeru, lihatlah sejauh mana khusyukmu dalam solat. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita.

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

beruntunglah orang yang menunaikan solat dengan khusyuk
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.