≡ Menu

Kisah Katak

Kisah Katak

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap.

Dua ekor katak terperangkap diidalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.

Mereka melihat ke dalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan.

“Kamu tawakal saja ia.

Mungkin ini nasib kamu!” jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu.

“Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas,” kata katak lain.

“Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul-betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ni,” tambah katak yang lain.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.

Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.

Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.

“Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!”

“Simpan saja tenaga kamu.

Membazir je kamu melompat-lompat.”

“Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan.”

Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemu ramahnya: “Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?”

“Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus
berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua.”

Pengajaran: You’re what you think. Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya.

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Next post:

Previous post: