≡ Menu

Khasiat Sayur-Sayuran

 Sebenar terlalu banyak khasiat sayuran kepada kesihatan kita, jadi amalkan makan sayur, latih anak anda makan sayur sejak kecil. Kalau anda ada tanah lapang usahakan tanam sayur samada dalam polibag, kaedah hidroponi dan sebagainya.

Di sini ada beberapa khasiat sayur-sayuran yang biasa kita makan.Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.Insya Allah

1. Tomato

Merupakan sayur yang mempunyai banyak kegunaannya. Kaya dengan vitamin D, mengandungi unsur-unsur kalsium, phosphorus, zat besi dan vitamin-vitamin.Ia baik untuk penyakit hati dan penyakit “colon” iaitu dibahagian bawah usus. Sebaiknya elakkan dari makan kulitnya kerana kulitnya menyusahkan penghadaman makanan di dalam perut. Manakala jus tomato pula membantu menghadamkan makananan dan daging.

Tomato juga berguna untuk menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.

Di Sepanyol tomato dan lada hijau digunakan sebagai ubat untuk penyakit buasir.

2. Lobak

Lobak mengandungi kali(a)emia yang mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan cepat marah. Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan. Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. Ia elok untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.

Lobak mengandungi vitamin seperti vitamin A  dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan memudahkan buang air kecil dan ia juga baik untuk penyakit bisul dan kudis dan baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya dan diletakkan pada kulit mengelupas itu.

3. Gargir (الجرجير)

Jus gargir sesuai untuk mengembalikan rambut agar subur dan juga untuk menumbuhkan rambut. Ia juga boleh melawaskan kencing dan penawar kepada banyak penyakit.

 4. Bakdunis (البقدونس)

Bakdunis (البقدونس)

Kaya dengan vitamin B,B1,B2,C,A dan mengandungi kalsium, kali(a)emia, zat besi, sulfur dan phosphorus. Ia boleh menambah kekuatan tubuh badan dan pemikiran dan menumbuhkan sel-sel, melawaskan kencing, merendahkan suhu badan, mengatur perjalanan darah haid, membersihkan badan dari racun. Ia juga penawar bagi penyakit hati, penyakit kuning, penyakit kulit seperti ekzema, romatizum, penyakit sendi, batu karang, sakit perut dan elok untuk peredaran darah dan pernafasan.

Manakala benihnya sesuai untuk merendahkan suhu badan dan jusnya pula boleh meredakan penyakit buah pinggang, sistitis (keradangan pundi air kencing) dan melawaskan kencing, juga boleh menyembuhkan luka.

5. Na’na’ (النعناع)

Na'na' (النعناع)Menolong menguatkan tubuh badan, meradakan ketegangan saraf kerana ia boleh mengawal kekejangan, juga boleh menguatkan hati, Elok untuk batuk, asma, dan luka-luka, sakit perut, tidur susah lena dan melawaskan kencing.

Juga baik untuk romatizum dan penyakit lain.

Berkumur-kumur dengan cara menghisapnya baik untuk gusi dan gigi, menyedapkan bau mulut. Mentol na’na boleh menjauhkan jangkitan kuman seperti oleh serangga dan melegakan penyakit hidung.

 6.  Karops  (الكرفس)

Karops (الكرفس)

Boleh mencergaskan dan menjadi penghadam yang utama serta melawaskan kencing. Baik untuk ubat buah pinggang romatizium, mengurangkan suhu badan,menghilangkan rasa gundah-gulana atau tekanan perasaan, lemah tenaga batin dan juga baik untuk mengurangkan gemuk badan.

RealestateMY
  |  null, Selangor
 - 18 May 2019

Full time, Part time, Internship. Reporting to the Director, you will join an established team who are known for their collaborative and supportiveapproach to work. As a Marketing ...

Constructions Métalliques Florentaises
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 21 May 2019

Entreprise Le Groupe CMF (195 personnes, 33 M. de CA), est le spécialiste reconnu de la gestion du climat. clés en main. dans les serres (horticole, maraîchère) et bâtiment ERP (ja...

Leader
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 19 May 2019

Filiale de Leader Group, acteur référent sur le marché professionnel international de la Sécurité Incendie et du Secours Sauvetage, notre entreprise, BIO EX (20 pers, 10 M. CA) dév...

Weare
  |  null, Malacca
 - 20 May 2019

WEARE Pacific est un groupe industriel intégré créé par des entreprises familiales dans les secteurs de l'aérospatiale, de la défense, de l'automobile et du médical. Combinant tous...

Sa Esker
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 19 May 2019

Editeur de logiciels de dématérialisation et d'automatisation des processus documentaires en mode SaaS, nous souhaitons relever les défis de ce marché à forte croissance et concrét...

Denis Freres
  |  Taiping, Perak
 - 22 May 2019

MAFIPRO, GUINEA FOODS et SFI FOOD sont trois entreprises du groupe Denis Asia Pacific Pte Ltd. Ce groupe agroalimentaire, d'origine Française, basé à Singapour, occupe une position...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

khasiat sayur
{ 1 comment… add one }
  • MK June 17, 2013, 11:30 am

    oh sayur merupakan kegemaran saya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.