php hit counter

Kelebihan Mempromosikan Affiliate Sebagai Kerjaya Part Time Anda

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mempromosikan AffiliateAdakah anda mahu mencari pendapatan tambahan bagi diri anda? Jika ya, saya cadangkan kerjaya affiliate kepada anda. Affiliate adalah agen yang akan mempromosi produk orang lain di internet. Lagi banyak jualan yang anda hasilkan, lagi banyak wang yang anda dapat. Berikut adalah lima kelebihan kerjaya sebagai affiliate

Kelebihan pertama : Bebas bekerja tanpa masa tertentu.

Internet di buka 24 jam sehari dan anda bebas untuk bekerja pada bila – bila masa sahaja yang anda mahu. Jadi, anda boleh bekerja macam biasa dan gunakan masa lapang untuk cari pendapatan tambahan.

Kelebihan kedua : modal yang rendah.

Untuk memulakan perniagaan affiliate, modal yang perlu anda keluarkan mungkin tidak sampai RM 500. Keistimewaan bekerja sebagai affiliate adalah walaupun modal  rendah, anda mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.Affiliate Sebagai Kerjaya Part Time

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Kelebihan ketiga : Peluang sentiasa terbuka.

Di internet, peluang untuk berniaga adalah sangat luas. Jika anda gagal promosikan produk tertentu, anda bebas untuk promosikan produk yang lain pula. Anda tidak akan agal, asalkan anda tidak berhenti mencuba. Jenis barang yang anda boleh promosikan adalah tidak terhad, begitu juga dengan peluang anda.

Kelebihan keempat : kedai di buka 24 jam.

Pelanggan adalah berjuta – juta orang dan kedai anda pula di buka 24 jam. Walaupun anda bekerja biasa di siang hari, bahan promosi anda tetap berjalan dan kedai anda juga di buka untuk di tatap jutaan pelanggan.

Kelebihan kelima : Keuntungan affiliate adalah logik.

Tidak seperti skim cepat kaya yang keuntungan mereka adalah sedikit samar – samar dan tidak nampak datang dari mana, keuntungan melalui affiliate adalah logik. Lagi banyak jualan yang anda dapat, lagi untung anda. Di sebabkan keutungannya boleh anda kira secara logik, strategi pemasaran anda juga senang untuk di rancang.

Tidak di nafikan lagi, kerjaya sebagai affiliate adalah kerja yang sangat sesuai untuk di jadikan kerjaya part time berbanding perniagaan part time lain seperti MLM dan skim cepat kaya.

3 thoughts on “Kelebihan Mempromosikan Affiliate Sebagai Kerjaya Part Time Anda”

  1. thanks admin ,
    info yang menarik tentang affiliates . . teruskan berkongsi ilmu bermanfaat . .
    apa perbezaan MLM & Skim Cepat Kaya pula ye ?

    Panduan Lengkap Kerjaya Affiliate

Leave a Reply to Facebook Robot Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.