≡ Menu

Kebaikan Di Sebalik Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta

berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan  hidung, selsema dan sembelit.

Sharedworth
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 17 Jun 2019

Full time, Part time, Internship. Reporting to the Director, you will join an established team who are known for their collaborative and supportiveapproach to work. As a Marketing ...

RealestateMY
  |  null, Selangor
 - 17 Jun 2019

Full time, Part time, Internship. Reporting to the Director, you will join an established team who are known for their collaborative and supportiveapproach to work. As a Marketing ...

Weare
  |  null, Malacca
 - 17 Jun 2019

WEARE Pacific est un groupe industriel intégré créé par des entreprises familiales dans les secteurs de l'aérospatiale, de la défense, de l'automobile et du médical. Combinant tous...

Constructions Métalliques Florentaises
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 12 Jun 2019

Entreprise Le Groupe CMF (195 personnes, 33 M. de CA), est le spécialiste reconnu de la gestion du climat. clés en main. dans les serres (horticole, maraîchère) et bâtiment ERP (ja...

Leader
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 18 Jun 2019

Filiale de Leader Group, acteur référent sur le marché professionnel international de la Sécurité Incendie et du Secours Sauvetage, notre entreprise, BIO EX (20 pers, 10 M. CA) dév...

Sa Esker
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 17 Jun 2019

Editeur de logiciels de dématérialisation et d'automatisation des processus documentaires en mode SaaS, nous souhaitons relever les défis de ce marché à forte croissance et concrét...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.