≡ Menu

Kalahkan Musuh Batinmu

Kalahkan Musuh Batinmu
 
Bukan mudah untuk bangun daripada tidur, bersuci dan kemudian bergerak menuju ke masjid  bagi melaksanakan solat Subuh secara  berjemaah. Bayangkan, seseorang terpaksa  berperang dengan hawa nafsu dan syaitan sejak  awal-awal lagi bagi mematuhi perintah Allah.

 
Peperangan dalam diri itu diperjelaskan  melalui hadis ini, yang bermaksud: “Syaitan  melilit seorang antara kalian dengan tiga  lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap  lilitan syaitan membisikkan: ‘Nikmatilah  malam yang panjang ini.’ Apabila dia bangun  lalu mengingati Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwuduk, lepaslah  lilitan yang kedua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan ketiga, sehingga dia  menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia  akan terbawa lembap dan malas.” (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
 
Justeru, Rasulullah s.a.w. menjadikan solat  Subuh berjemaah sebagai penanda aras bagi membezakan tahap keimanan seseorang.  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan  solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa  yang terkandung dalamnya, nescaya mereka akan  mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan  merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh  melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan  seseorang mengimami solat bersama orang lain.  Kemudian beberapa orang lelaki berangkat  bersamaku dengan membawa kayu terikat,  mendatangi kaum yang tidak hadir solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.”  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah s.a.w. sangat sayang akan umatnya. Hadis tersebut menjelaskan betapa tingginya   keinginan Baginda agar umatnya selamat  daripada seksaan api neraka. Sekiranya umat  Islam dapat melihat dengan mata hati mereka ganjaran bagi mereka yang solat Subuh  berjemaah, dan bencana yang bakal menimpa bagi sesiapa yang meninggalkannya, mereka  akan bergerak ke masjid sekalipun terpaksa  merangkak (tanpa menghiraukan keadaan mereka  yang sakit, uzur atau sebagainya).
 
Sekarang kita telah jelas bahawa hanya orang  yang berjaya mengalahkan musuh batinnya  sahaja (syaitan dan hawa nafsu) akan diberi  kekuatan dan bantuan oleh Allah bagi  mengalahkan musuh zahirnya (Yahudi, Nasrani dan orang munafik). Inilah kunci kejayaan  Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda  serta para pejuang Islam terdahulu menewaskan  musuh-musuh Islam. Mana mungkin umat yang  gagal mengangkat selimut untuk bangun solat  Subuh secara berjemaah mempunyai kemampuan untuk mengerahkan tenaga dan seluruh,  upayanya untuk membangunkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara?
 
Ironinya, ramai dalam kalangan umat Islam  pada hari ini begitu bersemangat membakar  bendera Yahudi bertempik-tempik mengutuk  Israel, mengeluarkan pelbagai resolusi dan  memorandum untuk menyatakan kemarahan kepada  pihak Zionis, tetapi lemah dan tidak berdaya  menzahirkan keseriusan mereka melaksanakan  solat Subuh secara berjemaah. Tnndakan itu bukan sahaja kurang berkesan untuk  menggerunkan musuh, malah tersasar daripada  tertib perjuangan Islam sepertimana yang  ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
 
Sepatutnya, agenda menggerakkan umat Islam  untuk melaksanakan Subuh secara berjemaah,  kemudian berdoa beramai-ramai atau  bersendirian dengan penuh rasa tawaduk,  khusyuk, khauf(takut) dan raja’(harap), kepada Allah pada waktu dinihari dan awal  pagi, lebih diutamakan daripada program-  program yang lain. Ya, tidak salah menyatakan  kemarahan di hadapan musuh Islam dan dunia  antarabangsa atas penzaliman mereka terhadap  saudara seagama, tetapi dahulukanlah  pengaduan dan pengharapan kita kepada Allah  Yang Esa.
SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

We have a upcoming project in Malaysia for Excavator Operators and Wheel Loaders for rock dumping. If you are available, please send a updated CV, copy of passport and all trade qu...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Shovel Operators needed for contract in Malaysia. Please send a updated CV, copy of passport and all trade qualification certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have a ...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Barge Masters needed for project in Malaysia. Please send updted CV, copy of passport and all trade qualifiation certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have experiense...

Constructions Métalliques Florentaises
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 18 Apr 2019

Entreprise Le Groupe CMF (195 personnes, 33 M. de CA), est le spécialiste reconnu de la gestion du climat. clés en main. dans les serres (horticole, maraîchère) et bâtiment ERP (ja...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.