php hit counter

Iktibar Angsa dan Telur Emasnya

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Swan

Prinsip saya dalam mengurus manusia mudah sahaia, yang rajin bagi ganiaran, yang malas, kenakan hukuman. Yang lebih penting, produktiviti meningkat dan kualiti produk terjamin,” kata seorang pengurus di sebuah organisasi swasta sewaktu kami berbual-bual selepas satu sesi ceramah agama. Malangnya, beliau tidak datang untuk mendengar ceramah tersebut bersama-sama anak buahnya.
 
Saya diam.
 
Beliau menyambung: “Saya tak percaya ceramah-ceramah agama macam ni boleh selesaikan masalah. Cuma, apabila badan kebajikan Islam di syarikat melaksanakannya saya perlu sokong. Itu sahaja.”
 
“Mengapa tuan kata begitu?”
 
“Ceramah-ceramah agama ini sebenarnya soal personal. Input-input tentang syurga, neraka, pahala dan dosa ini sepatutnya
menjadi renungan dalam kuliah di masjid. Dalam organisasi kitabekerja, matlamatnya adalah keuntungan. Kalau tidak untung, membazir masa dantenaga sahaja…”ujarnya.Matanya bersinar-sinar.
 
Keuntungan Dunia
 
“Bagaimana caranya syarikat nak untung?” tanya saya.
 
“Soalan itu simple, ustaz.
 
Apabila pelanggan puas hati dengan produk dan perkhidmatan kita, mereka akan beli dan itulah keuntungan. Itu yang selalu saya tekankan… Jaga pelanggan, jaga pelanggan. “
 
“Bagaimana pula untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik?”
 
“Apabila semua pekerja rajin, bekerjasama dan komited dengan tugas masing-masing. Saya selalu tekankan kepentingan team worksesama pekerja. Mesti bersatu padu.”
 
“Bagaimana nak membentuk pekerja yang mampubersatu padu?” asak saya dengan soalan terbuka untuk membawa perbincangan ke arah yang lebih fokus dan menjurus.
 
Dapat saya rasakan pengurus itu ada masalah dengan pekerja-pekerjanya. Pengalaman berdepan dengan lebih 150 buah organisasi sedikit sebanyak membolehkan saya mengagak tahap hubungan antaragolongan atasan denganbawahan dalam sesebuah organisasi.
 
“Organisasi ini kurang harmoni,” bisik hati saya.
 
“Er, er… itu yang saya katakan mula-mula tadi. Yang rajin berikan ganjaran, yang malas kenakan hukuman,” jawabnya teragak-agak.
 
“Bagaimana? Selesaikah semua masalah dengan pendekatan tersebut?” tanya sayalagi.
 
“Ustaz perlu ingat, kita berdepan dengan manusia. Manusia ini sangat kompleks. Masih banyak yang perlu dilakukan.
 
“Oleh sebab manusia itu sangat komplekslah, maka masalah tidak boleh ditangani hanya dengan pendekatan hukuman dan ganjaran,”  serang saya tiba-tiba. Dia tersentak.
 
“Mengapa ustaz berkata begitu?”
 
Sekarang giliran dia pula yang bertanya.
 
Angsa dan Telur Emas
 
“Tunggu dulu. Soalan itu saya cuba jawab kemudian.Tuan masih ingat cerita angsadan telur emasnya seperti yang kita dengar
sewaktu di sekolah rendah dahulu?”
 
“Petani yang tidak sabar menunggu angsa bertelur emas sebiji sehari, lalu membelah perut angsa untuk mendapat lebih
banyak telur emas dengan cepat? Cerita dongeng itu?” tanyanya.
 
“Ya, ceritanya tidak benar tetapi pengajarannya benar.”
 
“Pengajarannya benar?
 
Maksud ustaz?”
 
“Yang berlaku dalam syarikat tuan ini membenarkan pengajaran cerita dongeng itu!”
 
“Saya tidak faham. Apa maksud ustaz?”
 
“Angsa itu seperti pekerja syarikat. Manakala produktiviti dan kualiti produk itu seperti telur emasnya. Fokus tuan hanya ada telur emas bukan pada angsanya. Tuan hanya inginkan kualiti produk dan perkhidmatan, tetapi tidak menjaga tenaga manusianya.”
 
“Maksud menjaga itu bagaimana? Gaji cukup, elaun cukup.”
 
“Tuan, keperluan manusia atau pekerja kita bukan itu sahaja. Itu hanya keperluan fizikal dan material. Namun, akal, hati dan emosinya pun ada keperluannya. Akal perlu diisi dengan ilmu, perasaan pula dipenuhi  dengan kasih sayang dan penghargaan.
 
Akhirnya, keperluan rohani kerana hati perlukan input keimanan,” jelas saya. Itu semua mereka perlu cari sendiri, bukan tugas organisasi untuk mengisinya.”
 
“Pandangan tuan itu salah. Sepatutnya tanggungjawab itu perlu dipikul oleh organisasi.”
 
“Mengapa pula?”
 
“Jika keperluan-keperluan itu tidak diisi, akibatnya akan ditanggung oleh organisasi juga. Contohnya, apabila emosi terganggu, kerja akan terganggu. Pekerja akan mudah murung, marah dan tidak bersemangat. Ini akan mengganggu kestabilan team work yang tuan katakan tadi. Begitu juga apabila hati  yang gersang tidak diisi dengan soal keimanan, pekerja akan mudah pecah amanah,  curi tulang dan curi masa. Semua ini akan  menjejaskan produktiviti dan kualiti.”
 
Integriti dan Kompetensi
 
“Maksud ustaz, selama ini pihak syarikat seolah-olah bertindak membelah perutangsa untuk mendapat telur emasnya?”
terjahnya tiba-tiba.
 
Saya terkejut juga tetapi cuba bertenang.
 
“Ustaz nak tukar syarikat ini jadi madrasah?”
 
“Ya. Syarikat seharusnya jadi madrasah. Di situ seharusnya pekerja diberi ilmu, dididik imannya dan dilatih kemahirannya. Barulah mereka akan menjadi pekerja yang berintegriti sekali gus mempunyai kompetensi dalam tugasannya.”
 
“Bagaimana dengan keuntungan?”
 
“Tanpa rasuah dan penyelewengan, insyaAllahsyarikat akan untung.”
 
“Bagaimana dengan kemahiran dan kepakaran mereka?”
 
“Perlu dibangunkan secara bersepadu dengan keimanannya. Gabungan keimanan dan kepakaran inilah yang akan menghasilkan pekerja yang  cemerlang jawab saya.
 
“Saya tak boleh terima idea syarikat perlu  menjadi madrasah…”
 
“Tuan, inilah perkara yang menyumbang pada faktor learning and growth yang begitu  dititikberatkan dalam balance scorecard yang menjadi penanda aras kejayaan sesebuah syarikat.”
 
Pengurus itu nampak berfikir panjang, kemudian terus berkata: “Adakah pendekatan hukuman dan ganjaran tidak relevan lagi?”
 
“Masih relevan. Tetapi faktor mendidik kakitangan perlu lebih ditekankan.
 
Hukuman dan ganjaran tetap perlu, tetapi ia hanya berkesan apabila proses pembelajaran dan pendidikan dijalankan dalam sesebuah organisasi.”
 
“Mengapa begitu?”
 
“Tanpa iman, walau sebanyak mana pun ganjaran material pasti tidak akan memuaskan hati manusia.”
 
“Apa hujah ustaz?”
 
“Siapa yang terlibat dengan rasuah? Anehnya, mereka yang sudah kaya tetapi masih tidak cukup dengan kekayaannya. Dia masih berasa miskin kerana hatinya kosong dan tidak terisi dengan iman.”
 
“Hukuman pun tak akan menyelesaikan masalah secara tuntas. Lihat sahaja berapa ramai yang telah dihukum gantung
kerana mengedar dadah? Tetapi masih ramai yang terus berani melakukannya.”
 
“Jadi, bagaimana kita perlu mengurus pekerja dengan berkesan?
 
“Suburkan iman melalui proses pembelajaran dan pendidikan. InsyaAllah ini akan mendorong mereka bekerja atas dasar ibadah. Mereka akan merasakan organisasi sebagai ‘sejadah’ tempat mereka beribadah.
 
Hukuman dan ganjalan tetap perlu, namun kesedaran dalaman dan kerelaan bekerja atas ‘pemantauan’ Allah jauh lebih penting.”
 
Pengurus itu terdiam.
 
Tanpa disedarinya, dia sebenarnya sedang mengikuti “kuliah agama” yang ada kaitan dengan integriti dan kompetensi dalam sesebuah organisasi!
 
“Suburkan iman melalui roses pembelajaran dan pendidikan . InsyaAllah ini akan mendorong mereka bekerja atas dasar ibadah. Mereka akan merasakan organisasi sebagai ‘sejadah’ tempat mereka beribadah.

2 thoughts on “Iktibar Angsa dan Telur Emasnya”

Leave a Reply to shukran Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.