≡ Menu

Fadhillat Surah Yasin

Kelebihan Surah Yasin

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1.Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2.Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3.Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4.Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5.Jika terpenjara akan dibebaskan.

6.Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7.Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8.Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9.Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11.Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”

12.Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 17 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 17 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

yasin fadhilla
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.