php hit counter

Sri Kandi Islam

Sembilan Jenis Anak Syaitan

Syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. …

Sembilan Jenis Anak Syaitan Read More »

Pemimpin Yang No Escape

Kejelasan perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sahaja daripada segi asas dan matlamat risalahnya, tetapi kejelasan ini juga adalah daripada segi cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan risalah tersebut. Rasulullah s.a.w tidak menggunakan wasilah-wasilah yang boleh mengaburkan risalah Islam.

Asas Dan Matlamat Risalah Yang Jelas

Hakikat kejelasan risalah Islam bertitik tolak daripada kejelasan asas dan matlamat yang hendak ditegakkannya. Kejelasan asas risalah Islam bermula dengan penafian segala bentuk dan manifestasi ilah dan sekaligus mengithbatkan uluhiyyah Allah. Penafian segala bentuk dan manifestasi ilah selain Allah bererti segala tumpuan, kemuncak matlamat, tempat perlindungan, curahan kecintaan, tempat memohon pertolongan dan sumber perundangan yang …

Asas Dan Matlamat Risalah Yang Jelas Read More »

Landasan Perjuangan yang Jelas

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan risalah Islam secara terbuka, baginda melaksanakan tugas tersebut dengan sejelas-jelasnya. Seruan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mempunyai matlamat dan isi kandungan yang jelas. Seruan tersebut bertitik tolak daripada intipati Islam itu sendiri, iaitu kalimah tayyibah.

Kefahaman yang Baik

Pembentukan para du’at yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w juga bertujuan untuk menanamkan kefahaman yang betul di kalangan para sahabah berkenaan dengan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia, tujuan hidup di dunia ini serta peranan muslim dalam membentuk sebuah masyarakat yang menegakkan aqidah tauhid.

Amal yang Betul

Satu lagi aspek pembentukan yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah memastikan para sahabah beramal dengan ‘amal-‘amal yang betul. Al-Qur’an berulang kali menyebut hubungan iman dengan ‘amal yang soleh. Iman menuntut kepada ‘amal sedangkan ‘amal sahih pula menambahkan kekukuhan iman‘. ‘Amal yang saleh ialah sesuatu ‘amal yang dilakukan kerana keikhlasan hati kepada Allah dan menurut jalan …

Amal yang Betul Read More »

Akhlaq yang Tinggi

Dalam Surah al-Qalam, iaitu di antara surah yang paling awal diturunkan di Makkah, dari mula lagi Allah telah menonjolkan kepentingan kedudukan akhlaq yang tinggi. Bahkan, akhlaq yang tinggi ini dikaitkan dengan diri peribadi pemimpin dakwah itu sendiri.