php hit counter

Cara Mudah Penjimatan Elektrik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

1

Dengan meningkatnya harga barangan dan seterusnya kos kehidupan pengguna sebenarnya mempunyai dua pilihan untuk mengatasi keadaan ini iaitu : berusaha mendapatkan lebih wang atau kurangkan perbelanjaan.

Pilihan kedua adalah lebih muda dan praktikal untuk dilakukan. Ini boleh dimulakan di rumah antaranya dengan memastikan penggunaan elektrik dengan nyata.

Arus pendam masih mengalir

Satu tabiat pembaziran segajat ialah tidak memastikan suis televisyen dan dekoder TV kabel apabila digunakan. Dekoder yang berada pada mod bersedia sebenarnya masih menggunakan sekitar 85 hingga 90 peratus tenaga elektrik, bayangkanlah berapa banyak tenaga elektrik yang dibazirkan sekiranya ia ditutup sepanjang malam atau 24 jam sehari.

Selain menutup suis perkakas elektrik yang tidak digunakan, pengguna juga digesa menanggalkan terus palam perkakas daripada punca kuasa elektrik kerana masih terdapat arus tenaga pendam yang mengalir merentasi palam ke peralatan elektrik berkenaan jika tidak dicabut mespun suis dimatikan.

Mengamalkan amalan menanggal plak sebenarnya menyelamatkan perkakas elektrik apabila berlakunya arus limpah berikutan ribut petir yang boleh menyambar litar elektrik dan kerosakkan perkakas.

Antara tips mudah yangn boleh menjadi amalan sekeluarga di rumah adalah memastikan lampu, kipas dan peralatan eletrik lain dipadam jika tidak digunakan.

Pilih dengan teliti barangan eletrik yang lebih menjimatkan tenaga seperti TV yang menggunakan monitor LCD, pemanas air segera berbanding pemanas air dalam tong dan lampu kalimantang berbanding lampu mentol bulat.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Adapun amalan penggunaan tenaga secara cekap itu perlu dijadikan budaya walau di mana kita berada termasuk di pejabat, tempat awam atau semasa bercuti di resort.

Bayangkan jika setiap daripada kita menbudayakan amalan ini, sudah tentu kadar penjanaan tenaga elektrik negara dapat dikurangkan atau sekurang-kurangnya kekal pada satu paras mendatar. Ini seterusnya akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera dan membantu mengatasi pencemaran alam sekitar.

Ini juga mengurangkan kos perbelanjaan keseluruhan penjanaan dan penghantaran elektrik negara, lantas mengawal kebarangkalian kenaikan taraf elektrik yang mendadak.

14

Beli alat eletrik selamat

Kerajaan sebenarnya menjalankan banyak kajian dan inseftif bagi menggalakkan pengguna menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

Malah, Suruhanjaya Tenaga yang mewujudkan label jaminan kecekapan tenaga untuk ditampal pada perkakas dan alatan elektrik yang memenuhi piawai keselamatan dan kecekapan penggunaan elektrik.

Selain itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyediakan baucar program Mencapai Kelestarian Menerusi Kecekapan Tenaga (SAVE) iaitu RM200 bagi peti sejuk dan RM100 bagi penyaman udara yang menepati piawai kecekapan tenaga.

Layari laman web www.switch.org.my serta www.saveenergy.gov.my untuk memahami lebih banyak cara menjimatkan tenaga elektrik serta aplikasi kalkulator untuk mengira sendiri penggunaan elektrik harian anda.

perbandingan-lampu-led

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.