≡ Menu

Cara Memasak Rendang Ayam Kampung

Rendang Ayam Kampung

Bahan-bahan ( 7 – 8 org )

  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis

 

BAHAN2 DIKISAR HALUS :-

  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

 

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dengan asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, baha-bahan dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
  6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

Selamat Mencuba…

Equip Medical (M) Sdn Bhd
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 25 Jun 2019

Responsibilities Manage a portfolio of accounts to achieve long term success.Develop positive relationships with clients.Act as the point of contact and handle customers' individua...

Ellen Tan Agency
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 25 Jun 2019

Responsibilities We seek candidates with entrepreneurial spirit.Develop positive working relationships with existing clients and generating new sales.Explain policy specifics so cl...

Acestahl Group of Companies
  |  Shah Alam, Selangor
 - 25 Jun 2019

JOB DESCRIPTIONS & REQUIREMENTSProvide a safe and reliable transportation for our employer from one destination to another safelyEnsure the vehicles is under well maintained, clean...

Genting Malaysia Berhad
  |  null, null
 - 25 Jun 2019

Job Descriptions. Works with operations leadership team to identify and draw an overall training and development plan that addresses needs and expectations. Plans, designs and deve...

Chrisjac Recruitment Services
  |  Shah Alam, Selangor
 - 25 Jun 2019

Position Sales Order Support ExecutiveSalary. RM 2500 3000.Job location. Shah Alam. Our client is a multi nation.al company manufacturing integrated circuit lead frames for semi co...

CareerMaster Sdn Bhd
  |  null, Selangor
 - 25 Jun 2019

It is CAREERMASTER's VisionTo Be The Top Choice in Human Capital Solutions across South East Asia.Today, CareerMaster represents clients from small homegrown (local) companies to l...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

rendang ayam kampung,resepi rendang ayam kampung,resepi ayam kampung,cara masak rendang ayam kampung,ayam kampung masak rendang,resepi ayam tua masak rendang,rendang ayam belanda
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.