≡ Menu

Buat Dirimu Yang Ku Cintai

Buat Dirimu Yang Ku Cintai

Namamu sering menjadi siulan rakan-rakanku. Glamour betul kau ketika itu, sehinggakan aku semakin tertarik untuk mengenalimu dengan lebih dekat lagi. Aku cuba merisik-risik tentang dirimu melalui rakan-rakanku yang sememangnya rapat denganmu. Inginku tahu apakah daya penarik yang ada padamu.  Menarikkah paras rupamu? Hem …entahlah… Ada sekali tu, aku terlihat kau bersama beberapa orang rakanku, tetapi… dari jauh aku melihat sahaja. Seingat aku, waktu itu, aku baru berada di dalam tingkatan empat (di hujung tahun). Arghhh!!! Naluriku memberontak. Perasaan ingin tahuku semakin membuak-buak. Malangnya aku tidak mampu ketika itu…hanya mampu melihat dari jauh. Akhimya hasratku untuk berdamping lebih rapat denganmu menjadi realiti apabila kita bersama-sama di Kentucky Fried Chicken (KFC). Tidak ku lupa waktu itu, aku terpaku, membisu seribu bahasa. Pada mulanya aku agak kekok denganmu dan segan denganmu, tapi ku cuba jua untukmembiasakan diri. Dengan bantuan dari rakanku, Faizal, (bukan nama sebenar), kita mula rapat walaupun kau masih belum benar-benar menjadi milikku. Kau masih belum benar-benar terpahat di hatiku.

Tapi pada malam yang masih tak dapat ku lupakan, kau telah menarik hatiku dan perhatianku untuk menerimamu sepenuhnyaaku mula menerimamu secara beransur-ansur dan lama kelamaan aku mula sedar bahawa dalam diam aku mula menyintaimu. Aku sudah dapat menerima kehadiranmu malah, aku sangat setia terhadapmu. Sememangnya kita ditakdirkan jatuh cinta.kini hubungan kau dan aku semakin rapat. Apabila bersamamu jiwaku tenang. Kadangkala aku rasakan dunia ini aku yang empunya. Aku tidak boleh berpisah denganmu. Setelah beberapa bulan menyemai kasih denganmu, aku dan engkau semakin berani. Kita berani bersama di kamar. Aku mengucupimu tanpa rasa sangsi dan segan. Malang tidak berbau…pada suatu mlaam sedang kita bersama, satu sergahan mengejutkan kita. Rupa-rupanya ayahku sudah dapat mengesan perbuatan kita. Aku meyumpah seranah diriku di atas kelalaianku. Ayahku memarahiku dan memberi amaran kalau aku ingin terus tinggal di rumah itu, kita mesti berpisah, dan aku mesti menjauhkan diriku darimu. Oh ……mungkin tidak!!! Bagiku, dunia ini sepi tanpamu. Masa berlalu, kita semakin hanyut bersama. Dalam diam aku bertemumu tanpa pengetahuan ayahku. Kita terus di bawa arus keseronokan. Tapi tanpa diduga, aku terasa seperti merasai satu kesakitan yang amat sangat. Badanku terasa lain macam dan tidak secergas dahulu. Aku menjadi risau dansegera berjumpa dengan doktor. Tanpa diduga doktor mengesyaki aku dan meminta menceritakan perihal hubungan kita berdua, dari mula hingga akhir. Setelah menjalani peperiksaan.. doktor mengesahkan aku…..

Oh tidak!!!!!! Ini bermakna aku terpaksa berpisah dari dirimu. Kata doktor, penyakitku adalah berpunca darimu. Kaulah penyebab kesengsaraanku. Aku bagai hilang arah dan kemudi waktu itu. Huh!!! Aku benci kau!!! Akhirnya aku cuba berfikir cara yang terbaik dan tindakan yang bijak perlu ku ambil. Aku kini berusaha untukmelupakan dirimu yang merupakan perosak remaja sepertiku. Aku mula sedar akan kesilapanku. Aku perlu kembali ke pangkal jalan. Aku mengambil keputusan muktamad, kita clash..kita berpisah. Kita sudah ditakdirkan berpisah. Kini aku setuju dengan amaran kerajaan …”MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”. Selamat tinggal buatmu.. yang pernah ku kucupi dan kusanjungi. Selamat jalan romeoku… ROKOK…

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

We have a upcoming project in Malaysia for Excavator Operators and Wheel Loaders for rock dumping. If you are available, please send a updated CV, copy of passport and all trade qu...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Shovel Operators needed for contract in Malaysia. Please send a updated CV, copy of passport and all trade qualification certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have a ...

Shibsi Technologies Private Limited
  |  null, null
 - 15 Apr 2019

Essential Responsibilities and DutiesAnalyze, design, develop, and maintain products. assist in commercialization.Assist in identifying and organizing requirements. Apply usability...

SFG Engineering Services
  |  Nilai, Negeri Sembilan
 - 18 Apr 2019

Barge Masters needed for project in Malaysia. Please send updted CV, copy of passport and all trade qualifiation certificates to rosemary sfgengineering.co.za. Must have experiense...

Constructions Métalliques Florentaises
  |  Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
 - 18 Apr 2019

Entreprise Le Groupe CMF (195 personnes, 33 M. de CA), est le spécialiste reconnu de la gestion du climat. clés en main. dans les serres (horticole, maraîchère) et bâtiment ERP (ja...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Next post:

Previous post: