php hit counter

Bangunlah Segera Wahai Umat Islam

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Bangunlah Segera Wahai Umat Islam
Umat Islam diperintahkan agar bangun awal sebelum terbil  fajar lagi. Umat Islam disarankan agar mendirikan solat sunat Tahajud dan Witir sebelum masuk waktu subuh. Sebaik sahaja masuk waktu solat Subuh, mereka diminta pula melakukan solat sunat Fajar. Walaupun solat ini termasuk dalam kategori sunat, percayalah, solat itu yang menjadikan solat Subuh senjata yang digeruni musuh.

Bayangkan kalau semua umat Islam boleh melakukan solat Subuh sama seperti solat Jumaat, dan solat itu dilakukan setiap pagi, tidakkah keadaan itu bolehmenjadi senjata kekuatan umat Islam. Kalau setakat seminggu sekali umat Islam berkumpul, apalah ertinya kepada Islam? Hal ini kerana solat Jumaat hanya berjaya menonjolkan syiar Islam tetapi belum betul-betul menggerunkan musuh.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Mungkin sebahagian anda pernah mendengar kenyataan tokoh Yahudi mengenai sikap umat Islam. Di sini saya paparkan sebahagian yang ditulis: “Pemah seorang Yahudi menyatakanbahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

Kebanyakan kita tidak sedar, betapa sudah banyak peluru kita hilang entah ke mana. Oleh sebab itu musuh kita; Yahudi sudah tidak takut dengan kita. Malah mereka kini boleh menghancurkan kita kalau mereka mahu. Dari segi agama, mereka telah berjaya merosakkan aqidah umat Islam. Pada masa yang sama mereka berjaya melalaikan kita agar tidak berminat untuk melakukan solat Subuh.

Menyedari keadaan itu, umat Islam perlu kembali menghayati ajaran Islam dengan memenuhkan masjid pada waktu solat Subuh. Mungkin untuk memulakannya agak sukar kerana sudah terbiasa bangun lambat. Inilah cabaran yang perlu disahut oleh umat Islam.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu saja dengan berkata: ‘Kami telah beriman?’ Sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang yangdusta.” (Surah al-‘Ankabut 29: 2-3)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.