≡ Menu

Alhamdulillah, Terbukanya Hati Seorang Wanita Cina Malaysia

Alhamdulillah, bertambah lagi saudara seagama kita. Loo Jo Yee (sebelah kanan). Banyak kisah menarik disebalik pengislamannya. Pun begitu terdapat juga halangan serta cabaran yang ditempoh sepanjang ini.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage‘ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mendoakan agar Loo Jo Yee terus diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupannya.

Hidayah Allah tidak kira manusia. Pasti diberikan pada siapa yang dikehendakinya.

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 17 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 17 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 16 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 3 comments… add one }
  • mamat April 23, 2012, 3:50 pm

    ramai lagi cina di malaysia masuk islam…….. xkan sorg ni je kot masuk tv…..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.