php hit counter

6 Manfaat Mandi Pagi Sebelum Subuh

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

6-manfaat-mandi-pagi-sebelum-subuh

Dalam sebuah riwayat, Rasullulah s.a.w tak pernah sakit sepanjang hayatnya kerana menjaga kesihatan dan salah satu sunnah Rasullulah s.a.w adalah beliau selalu menjaga makanan seharian dan selalu mandi sebelum subuh.

Rasullulah s.a.w pernah bersabda yang ertinya “Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah” (HR Muslim).

Ya, kerana hanya dengan tubuh yang sihat kita akan menjadi kuat dan boleh melakukan pelbagai aktiviti didunia ini dengan sebaik baiknya.

Dr. Abdul Hamid Dayyat, dari Universiti Cairo Mesir menjelaskan manfaat kesihatan yang diperoleh seseorang dari aktiviti bangun Subuh ( fajar ) dan mandi pada waktu fajar (sebelum subuh), diantaranya adalah:

Bahawa,gas O3. Pada waktu fajar kandungan gas O3 sangat melimpah yang kemudian akan berkurang sedikit demi sedikit hingga habis ketika matahari terbenam pada petang hari. Gas O3 mempunyai pengaruh yang positif pada urat syaraf, mengaktifkan kerja otak dan tulang. Ketika seseorang menghirup udara fajar maka akan merasakan suatu kenikmatan dan kesegaran.

Sementara itu dari beberapa penelitian didapati kesimpulan bahawa sebaiknya seseorang membiasakan mandi Subuh dengan air dingin, kerana mandi pada waktu subuh dengan air dingin selain badan segar dan bersih, tapi juga akan memberikan manfaat bagi kesihatan tubuh diantaranya adalah :

1. Melancarkan Peredaran Darah

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

3. Kulit Lebih Lembut Dan Halus

Elakkan memasang “Water Heater” dipagi hari, kerana mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, is akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi Iebih lembut dan halus.

4. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

5. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika is diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

6. Mengurangkan Tekanan Serta Tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.