≡ Menu

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah Yang Sesat

Ajaran Syiah Yang Sesat

1. Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3. Kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6. Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8. Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10. Mengatakan Saidina Ali r.a ebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar r.a,Saidina Umar r.a dan Saidina Usmanr.a.

Saidina Ali r.a dilantik oleh Allah menggantikan Nabi s.a.w sebagai imam dan AbuBakar r.a, Umar r.a, Usman r.a adalah perampas hak Saidina Ali r.a. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11. Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Muawiyah dan Aisyah.

12. Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi s.a.w.

14. Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15. Kain kafan mayat mereka bertulis.

16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18. Suami halal meliwat isteri.

19. Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20. Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berterawih itu bermakna mereka bertaqiah.

21. Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain r.a.

23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib r.a dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali r.a, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

Sejarah Syiah

Pengasas syiah adalah Abdullah bin Saba’ iaitu seorang Yahudi daripada Yaman. Beliau telah memasang niat awal bersama dengan orang-orangnya iaitu dia tidak akan pulang selagi tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Dia telah mewujudkan satu api fitnah yang besar ke seluruh dunia Islam ketika itu. Dia telah mengelilingi dunia Islam dengan memberitahu umat Islam bahawa Nabi s.a.w sebenarnya melantik Saidina Ali bin Abi Talib r.a sebagai Khalifah serta memburukkan Usman r.a yang menjadi khalifah ketika itu di Madinah. Ketika itu dunia Islam terbuka, umat Islam di merata tempat, sedangkan para sahabat yang tahu cerita sebenar berada di Madinah sahaja. Kekurangan dalam perhubungan, manambahkan lagi api fitnah.

Liciknya beliau dalam menipu sehingga umat Islam termakan dengan fitnah-fitnahnya. Lantas penyokongnya mengkafirkan Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Usman r.a kerana merampas jawatan daripada Ali r.a. Ini menunjukkan daripada isu ini, mereka telah mengkafirkan para sahabat kerana berbai’ah dan redha dengan 3 khalifah yang awal.

Capillary Technologies
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

We have a Tech support opening for our Kuala Lumpur office. who will support entire SE Asia.This role is for supporting customers who would call our Tollfree number for any issues ...

WorkPermitVisas
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

Work Permit Visa for United Kingdom MalaysiaAre you looking for UK Malaysia Work Permit visa get in touch with us , we are providing an Opportunity to Fulfil Your Dream by providin...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

procon career solutions
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Jan 2019

WE NEED 12TH PASSED CANDIDATES WITH PLEASANT PERSONALITY AND GOOD ENGLISH COMMUNICATION.Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur...

FAIR DEAL PROFESSIONAL SERVICES
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Jan 2019

hijob profile is as labour or working supervisors in kaulalumpur, malaysia need passport and photo in tie with white back ground. immediately fly to Malaysia and start working.serv...

Impactica Consultancy Services
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Jan 2019

About Android Developer. An. Android developer. is responsible for developing applications for devices powered by the Android operating system.Due to the fragmentation of this ecos...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 2 comments… add one }
  • si hamba April 14, 2015, 4:39 am

    Assalamualaikum wbt .Harap ada gambar yang lebih menutup aurat . Atau samarkan yang ada aurat

  • hang puriah April 16, 2015, 2:17 pm

    sederhananya syia’ah BUKAN islam

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.