≡ Menu

Wasiat Alqamah

Wasiat Alqamah

Saidina Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika ia hendak mati, Alqamah berkata: “Wahai anakku!, apabila engkau hendak bersahabat dengan seseorang maka BERSAHABATLAH dengan orang yang:

1. Apabila engkau berkhidmat kepadanya, maka ia akan memelihara akan dikau.

2. Apabila engkau bersahabat dengannya, maka akan bertambah nilai dirimu.

3. Apabila engkau ditimpa kesusahan. ia akan turut sama menanggung kesusahanmu.

4. Apabila engkau menolong akan dia, nescaya dia akan membalas kebaikanmu.

5. Apabila ia melihat pada dirimu kejahatan nescaya menutup ia akan kejahatan itu.

6. Apabila ia melihat pada cirimu kebaikan nescaya mengambil kira ia akan kebaikan itu.

7. Apabila engkau berkata. nescaya membenar ia akan perkataanmu.

8. Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara, nescaya menolong ia akan dikau.

9. Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu, nescaya melebih ia akan dikau.

Dipetik daripada ‘Bidayatul Hidayah’ karangan Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali Radhiallahuanhu.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment