≡ Menu

Tufair bin Amar Membakar Berhala Zul Kaffain

Tufair bin Amar Membakar Berhala Zul Kaffain

Tufail Bin Amar, ketua kabilah Daus menetap di Madinah bersama Rasulullah. Hidupnya diabdikan kepada Allah, berjuang bersama Rasulullah meninggikan syiar Islam. Ketika penaklukan Kota Mekah, Tufail juga turut serta memasuki kota tersebut. Tahun penaklukan Mekah itu merupakan tahun kemenangan yang amat besar ertinya bagi umat Islam. Umat Islam dalam menguasai Mekah setelah pemuka-pemuka Quraisy dan pengikut-pengikutnya menyerah tanpa syarat. Rasullullah kemudian menuju ke Baitullah, melakukan tawaf. Setelah itu, Baginda menghancurkan berhala-berhala dan patung- patung yang ada di sekitar Kaabah.  Berhala-berhala tak bernyawa yang disembah oleh orang-orang jahiliah itu jatuh berkecai. Begitulah nasib berhala-berhala tersebut. Sebelum ini, ia dipuja dan disembah sebagai tuhan. Namun kini, Nabi bersama umat Islam datang meruntuh dan menghancurkan sembahan kaum Musyrikin itu. Rasulullah menghancurkan berhala-berhala itu sambil mengucapkan firman Allah yang  bermaksud:

“Kebenaran telah tiba dan lenyaplah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti lenyap” (al-lsrak:8 1)

Baginda memerintahkan supaya Kaabah dibuka.  Di dalam Kaabah itu Nabi melihat berbagai bentuk lukisan dan gambar-gambar di antaranya gambar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sedang bersumpah di depan Azlam. Azlam ialah

Penyembelihan korban scbagai sajian kepada berhala. Baginda amat marah apabila melihat suasana dalam Kaabah itu. “Celakalah mereka Demi Allah dua orang Nabi itu tidak pemah melakukan sumpah seperti itu,” sabda Baginda yang ditujukan kepada kaum  Musyrikin. Lantas Rasulullah memusnahkan a
gambar-gambar dalam Kaabah tersebut. Kini Baitullah bersih dari berhala-berhala sembahan kaum Musyrikin.

Tufail Bin Amar menyaksikan bagaimana Rasulullah menghancurkan berhala-berhala. Lantas, dia pun ingin melakukan sebagaimana Rasulullah lakukan. Rasulullah telah menghancurkan berhala-berhala di Kaabah sedangkan Tufail berhasrat untuk menghancurkan Zul Kaffain milik Amr Bin Himamah. Maka dia memohon keizinan untuk membakar berhala tersebut.”Wahai Rasulullah izinkan saya membakar Zul Kaffain,” pohon Tufail. Rasulullah memberi  izin menghancurkan Zul Kaffain. Tufail berangkat dengan tekad hendak membakar Zul Kaffain. Maka ramailah orang berkumpul di sekitar Zul Kaffain. Mereka bukan hendak membakarnya tetapi ingin menyaksikan apakah kesudahan atau akibat yang akan diterima  oleh Tufail setelah membakar patung sembahan mereka itu. Apakah Tufail akan binasa? Apakah Tufail akan disambar petir? Dan adakah Tufail akan dikenakan tulah oleh Zul Kaffain yang mereka anggap mempunyai  kuasa ghaib itu?

Mulalah Tufail memasang api dan menyuluhnya kepada berhala Zul Kaffain. Sedikit demi sedikit api itu membakar berhala milik Amr bin Himamah. Maka hanguslah berhala yang dianggap tuhan oleh kaum Musyrkin. Bagaimana keadaan Tufail? Adakah dirinya cedera ? Adakah fikirannya kacau? Mungkinkah dia dirasuk oleh semangat Zul Kaffain? Tidak! Sesekali tidak kerana berhala yang mati tidak bernyawa itu tidak mempunyai kuasa apa-apa. Sesungguh hanya Allah sahaja Yang Maha Berkuasa dan hanya Dia Tuhan Yang Satu. Para penyembah berhala yang menyaksikan kejadian itu teramat kecewa kerana patung sembahan mereka telah hangus. Sedarlah mereka kini bahawa berhala itu tidak mempunyai kuasa sedikit pun. Maka mereka mengakui kebenaran Islam dan memeluk Islam beramai-ramai. Musnahnya Zul Kaffain boleh dianggap sebagai lenyapnya penyembah-penyembah berhala. Tiada lagi kabilah Daus yang menyembah berhala. Islam berkembang bagai benih unggul yang tumbuh subur di tanah semaian.

Gugurnya sebagai syahid

Ketika pasukan tentera Islam berangkat untuk menumpaskan gerakan Thulaihah al-Asady, Tufail bersama puteranya turut serta dalam pasukan ini. Kedua anak beranak ini berjuang dengan penuh semangat tauhid menumpas gerakan Thulaihah. Tufail bersama puteranya Amar berjuang menentang pasukan Thulaihah tanpa takut sehinggalah pertempuran itu berakhir dengan kemenangan pasukan mereka. In ilah kemenangan pertama dalam pemerintahan Abu Bakar. Kemenangan ini cukup bererti bukan sahaja bagi Abu Bakar, Tufail dan puteranya, tetapi juga bagi umat Islam seluruhnya.

Pasukan Islam kemudian melanjutkan gerakannya ke Yamamah. Tujuan utamanya untuk menghapuskan gerakan riddah Musailamah al-Kazzab. Sebagaimana Thulaihah, Musailamah juga mempunyai 40,000 ribu pasukan tentera. Untuk menghadapi pasukan yang sedemikian besar itu tentera  Islam bersiap sedia melengkapkan diri sebaik-baiknya. Apabila malam menjelang mereka beristirehat untuk mengumpulkan tenaga. Namun, Tufail bin Amar tidak dapat tidur dengan nyenyak. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi dia telah bangun dan menceritakan mimpinya kepada sahabat- sahabatnya. “Aku bermimpi malam tadi. Kepalaku dicukur sehingga botak, seekor burung keluar dari mulutku. Seorang wanita memasiikkan diriku ke dalam pennya. Sedangkan anakku Amar, meminta dengan sungguh-sungguh supaya dia dapat mengikutku, tetapi dia tidak dapat berbuat  apa-apa kerana di antara aku dan dia ada dinding,” cerita Tufail. “Mimpi yang baik,” sahabat-sahabatnya mengulas. “Menurut pendapatku, kepalaku dicukur bererti dipenggal. Burung ini adalah nyawaku. Masuk ke perut wanita ialah masuk ke liang lahad.  Adapun anakku, dia berharap supaya mati syahid seperti aku, tetapi permintaannya ditunaikan kemudianjelas Tufail pula.

Maka bertempurlah kedua pasukan. Pasukan Islam hampir mundur tetapi mereka terus berjuang dengan gigih. Begitu juga Tufail dan Amar. Banyaklah pejuang-pejuang yang mati syahid termasuklah Tufail bin Amar. Sedangkan anaknya Amar bin Tufail mendapat cedera. Tangannya dipenggal oleh pedang musuh sehingga putus. Ternyata takdir Allah mengatasi segala-galanya. Amar yang ingin mati syahid belum dikabulkan impiannya oleh Allah. Dengan sedih beliau pulang bersama kemenangan Islam.

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 31245. approved. approved. SanDisk offers a highly competitive compensation package and great benefits. SanDisk provides equal employment opportunities to all employees and...

SanDisk
  |  (Unspecified city), Penang
 - 20 Jul 2017

Req ID. 32108. General Description. Manages the development and implementation process of a company's services involving departmental or cross functional teams focused on the deliv...

AIA Careers
  |  Cyberjaya, Selangor
 - 20 Jul 2017

Job Summary. Perform quality checking on all processes as per stipulated benchmark and requirements. Key Responsibilities. Performing quality checking for all processes within the...

Resorts World Genting
  |  Genting Highlands, Pahang
 - 20 Jul 2017

Genting Malaysia Berhad. Genting Malaysia is a leading multinational conglomerate that is principally involved in the leisure and hospitality business covering theme parks, gaming...

Singtel
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 19 Jul 2017

The purpose of the Client Delivery Manager. RDC (CDM) role is to provide post sales service support to Optus Business customers that includes customer service and consultancy funct...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment