≡ Menu

Tips Menjaga Rambut Supaya Sihat

Tips Menjaga RambutAnda inginkan rambut yang sihat dan cantik atau anda ingin merawat sebarang masalah rambut yang sedang dihadapi, anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak mendapatkan rawatan di salun-salun rambut yang eksklusif.

Berikut ialah cara-cara alternatif untuk merawat rambut supaya ia menjadi lebih sihat dan cantik. Ia boleh dilakukan sendiri di rumah.

Urut Kulit Kepala

Urut kulit kepala anda menggunakan hujung jari secara lembut. Dengan cara ini anda boleh merangsang pengedaran darah, melegakan kepenatan dan mungkin juga menghilangkan sakit kepala.

Mengurut juga akan menyebarkan minyak semula jadi yang terdapat pada rambut anda dan secara langsung mengelakkan rambut daripada bersimpul dan gugur.

Sebelum menggunakan syampu, sapukan sedikit minyak zaitun di atas kulit kepala dan rambut. Kemudian tutup kepala anda dengan tuala basah. Biarkan tuala itu selama 20 minit dan seterusnya cuci rambut anda dua kali untuk membuang minyak zaitun tersebut.

Khasiat Minyak Kelapa

Untuk mengelakkan keguguran rambut, sapukan minyak kelapa di atas kulit kepala dan urut di kawasan umbi rambut.

Ingin Menghapuskan Kelemumur?

Cuba urutkan garam di atas kulit kepala yang kering sebelum dicuci dengan syampu yang mempunyai bes berasid.

Dalam sebuah kajian terbaru, alopecia areata, sejenis penyakit di mana rambut seseorang gugur secara berkelompok yang dialami oleh lelaki dan wanita, telah terbukti boleh dikurangkan dengan penggunaan minyak pati seperti thyme, rosemary, lavender dan cedarwood.

Minyak pati ini dicampur dengan minyak jojoba dan diurut di kulit kepala setiap hari. Minyak pati rosemary juga boleh diurut di atas kepala selepas bersyampu untuk menghasilkan rambut yang lembap dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Pelbagai kaedah lain boleh digunakan untuk merawat rambut secara alternatif:

Jika rambut anda jenis yang halus atau mudah rosak, bilas rambut (setelah bersyampu) dengan cuka dan air. Campurkan 1 cawan air dan 2 hingga 3 sudu cuka. Selain cuka, limau nipis juga boleh digunakan. Bilasan berasid seperti ini akan melembut dan menambahkan kilauan kepada rambut anda.

Untuk mengurangkan keguguran rambut, tambah satu sudu minyak limau (lemon oil) ke dalam segelas air dan urutkan ke kulit kepala.

Untuk mengelakkan rambut berbuah atau pecah di hujung, campurkan satu sudu kecil madu dengan 2 sudu besar minyak zaitun dan kemudian kacaukan dengan kuning telur. Urutkan ke kulit kepala. Balutkan kepala dengan tuala, biarkan selama 30 minit, bilas dan kemudian syampu sehingga bersih.

Untuk mengawal masalah kelemumur, selain daripada menggunakan syampu khas anda boleh mencuba kaedah ini

urutkan segenggam tepung naik (baking soda) ke atas rambut dan kulit kepala. Ia akan menyerap minyak yang berlebihan dan melonggarkan sel kulit mati yang menyebabkan kelemumur. Setelah itu, bilas dengan bersih.

Jangan khuatir sekiranya rambut anda menjadi kering. Dalam masa beberapa minggu kelemumur anda akan berkurang dan rambut anda kembali sihat dan berseri.

Cara-cara lain untuk mengelakkan

kelemumur

1. Gunakan yogurt sebagai kondisioner.

Biarkan di atas kepala selepas mencuci rambut.

2. Sapukan minyak tea tree atau minyak bijian ke kulit di kawasan badan.

3. Sapukan biji halba yang telah direndam dan ditumbuk kepada kulit kepala anda.

Biarkan selama satu jam, kemudian bilas dengan syampu.

4. Urut kulit kepala dengan cider vinegar suam ke kulit kepala sebelum bersyampu.

Panduan

Berjumpalah dengan doktor atau pakar kulit

jika:

Kulit kepala menjadi kering, berkerak atau terlalu gatal

Keguguran rambut disertai dengan perubahan pada kulit di kawasan badan

Keguguran rambut yang serta-merta dan disertai dengan tanda-tanda seperti kepenatan, sejuk badan, kulit kering atau tidak datang haid. Ini mungkin disebabkan masalah tiroid yang kurang aktif.

—————————————————————————————————–

Kami mempunyai serum untuk Masalah Rambut dan Kulit kepala Anda

Dapatkan Promosi hebat Serum Rambut CoolHijab.

Harga asal RM90… tapi kita ada DISKAUN lagi.

Jika anda mahu DISKAUN, sila taip ” COOLHIJAB ” dan

Wassap ke 014-5444383 sekarang.
Wassap ke 014-5444383 sekarang.
Wassap ke 014-5444383 sekarang.

.

atau PM kami No.HANDPHONE anda dengan segera untuk dapatkan harga PROMOSI !

 

 

SIAPA BOLEH GUNA COOLHIJAB

✔ WANITA BERKAHWIN
✔ ANAK DARA
✔ WANITA SELEPAS BERSALIN
✔ WANITA YANG BEKERJA BERTUDUNG 8 JAM SEHARI
✔ WANITA YANG BEKERJA DIBAWAH CUACA PANAS
✔ LELAKI YANG MEMAKAI KOPIAH, SERBAN DAN HELMET
✔ KANAK-KANAK YANG RAMBUT ‘MAKAN BANTAL’

INFO COOLHIJAB

1. Menghilangkan bau hapak & kurang enak pada rambut.
2. Menyejukkan kepala & rambut.
3. Melembutkan rambut.
4. Mengurangkan kelemumur.
5. Mengelakkan kegatalan kepala.
6. Memperbaiki rambut rosak.
7. Pertumbuhan rambut baru.
8. Merawat kepala berminyak.
9. Melegakan sakit kepala.
10. Memberi kesegaran minda.
11. Rambut wangi 24 jam.
12. Bertindak balas ketika kepala berpeluh.
13. Tidak melekit & berminyak.
14. KKM: NOT150504027K

Ramai yang dapat menghilangkan dan mengurangkan masalahRAMBUT BERBAU dan KEGUGURAN RAMBUT. Lebih 50,000 telah menggunakan CoolHijab sejak dari 2014.

Wassap ke 014-5444383 sekarang.
Wassap ke 014-5444383 sekarang.
Wassap ke 014-5444383 sekarang.

sourse

Incoming search terms:

cara penjagaan rambut,tips penjagaan rambut,penjagaan rambut,cara jaga rambut,cara menjaga rambut,tip penjagaan rambut,rambut sihat,tips rambut sihat,jaga rambut,cara nak jaga rambut,cara menjaga rambut supaya sihat,tips jaga rambut,tips menjaga rambut lelaki,cara penjagaan rambut lelaki,petua untuk rambut sihat,cara menjaga rambut bagi lelaki,cara cara penjagaan rambut,PUNCA RAMBUT PECAH DI HUJUNG,rambut yang sihat,tip jaga rambut,cara cara menyihatkan rambut,cara cara menjaga rambut lelaki,tips penjagaan rambut sihat,tips penjagaan rambut yang sihat,petua rambut sihat dan lembut,petua rambut sihat,cara nak jaga rambut supaya lembut dan halus semasa rambut pendek,cara penjagaan ramb,cara menjaga rambut lelaki,cara penjagaan rambut yang sihat,cara untuk kekalkan rambut yang sihat,cara-cara penjagaan rambut yang sihat,cra jga rmbut,jaga rambut nanpak sihat,nak jaga rambut,Cara mengelakkan rambut daripada begulung,petua menjaga rambut,bagaimana nk sihat kan rambut yg mati
{ 1 comment… add one }
  • Encikshino August 27, 2016, 3:31 pm

    Satu info yang baik. Nanti nak try praktik. Thanks for sharing!

Leave a Comment