≡ Menu

Tips Memanfaatkan Emas Bagi Orang Berniaga/Peniaga/Peruncit/Pekedai

tips-memanfaatkan-emas-bagi-orang-berniagapeniagaperuncitpekedai

Bagi orang yang berniaga – apa saja perniagaan samada online atau offline – saya ingin kongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh memanfaatkan emas untuk pelbagai tujuan.

1. Apabila anda ada emas di tangan, anda boleh jadikan ia sebagai modal pusingan perniagaan. Pergi saja ke mana-mana Ar-Rahnu untuk anda mendapatkan pinjaman tunai bercagarkan emas milik anda.

2. Biasanya upah simpan sekitar 1% sebulan akan dikenakan atas pinjaman tersebut.

3. Dengan tunai itu, anda semua boleh gunakan untuk aktiviti perniagaan dan menjana keuntungan daripadanya.

4. Asingkan terlebih dahulu modal asal daripada pendapatan untuk menebus balik emas yang digadai tadi.

5. Apa saja bahagian keuntungan yang diperolehi hendaklah ditolak 1% jumlah upah simpan emas. Lebihannya barulah dikira sebagai untung bersih.

6. Sebahagian (atau semua lebih baik) daripada untung bersih tadi, tukarkan pula ia menjadi emas supaya akhirnya, selain daripada untung dalam perniagaan, anda juga berjaya mengumpul aset dalam bentuk emas sedikit demi sedikit.

Banyak kelebihan yang anda akan dapat jika mengamalkan tips ini. Antaranya ialah :

1. Modal anda tidak hilang. Ia sentiasa terpelihara dalam bentuk emas.

2. Duit untung tidak bocor dibelanjakan kerana sentiasa ditukar menjadi emas.

3. Anda akan mengumpul aset dalam bentuk emas sedikit demi sedikit. Secara tidak sedar kekayaan dapat dibina.

4. Apabila simpanan emas anda sudah cukup 85 gram dan dikenakan zakat, maka zakat yang dibayar akan menambahkan keberkatan perniagaan
anda.

 –  source

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment