≡ Menu

Tips Hafal Al-Quran Efektif / Berkesan

Tips Hafal Al-Quran Efektif

Teknik berkesan hafal Al-Quran

Teknik 1 : Ikhlas kerana Allah

Tanamkan dalam diri nak hafal ikhlas kerana Allah,dengan al-Quran boleh dekatkan diri dengan Allah, al-Quran boleh bagi syafaat di akhirat dan banyak lagi fadilat2, yang penting ikhlas kerana Allah.”

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Teknik 2 : Paksa diri doa paling mustajab

Bila dah niat, cara mustajab kena paksa. bagaimana caranya rujuk Teknik 3

Teknik 3: Hafal 1 Hari 1 Ayat

Hafal 1 hari = 1 ayat dan baca 200 kali

30 hari = 30 ayat anda dapat hafal

Peruntukkan masa 10 minit sehari untuk hafal 1 ayat, seeloknya hafal lepas subuh sebab otak fresh lagi dan mulakan hari anda dengan al-quran,

Dalam masa 1 hari tu anda dapat baca 1 ayat sebanyak 200 kali, sambil bawa moto, baring, duduk saja, masa terluang boleh hafal satu ayat.

Cuba bayangkan 3 tahun hafal 1 hari 1 ayat berapa surah anda dah boleh hafal?

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.

(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Teknik 4 : Dengar mp3 surah yang telah dihafal

Dengar surah yang anda hafal dekat mp3 dari sheikh-sheikh yang popular seperti sheikh Saad al-Ghamdi, Sa`ud ash-Shuraym, Maher al-Muaiqly, Sudais, Mishari Rashid al-`Afasy dan sheikh lain yang anda minat.sambil buat kerja anda boleh pasang mp3 surah yang dihafal, bila selalu dengar lama-lama boleh ingat sambil perbetul bacaan dan tajwid.

Teknik 5 : Hafal Juzuk/surah yang mudah sebagai permulaan

Boleh hafal dari juzuk 28, 29 dan 30 sebab surahnya pendek. kemudian yang ke 58 (al-Mujadilah), 59 (al-Hashr), 60 (al-Mumtahanah) pendek tapi ayatnya panjang-panjang jadi anda perlu sabar sikit nak hafal, dengar mp3 nak tahu kat mana tempat perlu behenti kalau ayat panjang.

JUZUK-28

58 al-Mujadilah(22 ayat)
59 al-Hashr(24 ayat)
60 al-Mumtahanah(13 ayat)
61 as-Saff as-saff(14 ayat)
62 al-Jumu`ah(11 ayat)
63 al-Munafiqun(11 ayat)
64 at-Taghabun
65 at-Talaq,
66 at-Tahrim

JUZUK-29

67 al-Mulk al-mulk(30 ayat)
68 al-Qalam
69 al-Haqqah
70 al-Ma`arij
71 Nuh
72 al-Jinn al-jinn
73 al-Muzammil
74 al-Mudathir
75 al-Qiyamah
76 ad-Dahr ad-dahr
77 al-Mursalat

JUZUK-30

78 an-Naba’
79 an-Nazi`at
80 `Abasa `abasa
81 at-Takwir
82 al-Infitar al-infiTaar
83 at-Tatfif at-taTfeef
84 al-Inshiqaq
85 al-Buruj al-burooj
86 at-Tariq aT-Taariq
87 al-A`la al-A`laa
88 al-Ghashiya
89 al-Fajr al-fajr
90 al-Balad al-balad
91 ash-Shams
92 al-Layl al-lail
93 ad-Duha
94 al-Inshirah
95 at-Tin aT-Teen
96 al-`Alaq al-`alaq
97 al-qadr al-qadr
98 al-Bayyinah
99 al-Zilzal al-Zilzaal
100 al-`Adiyat
101 al-Qari`ah
102 at-Takathur
103 al-`Asr al-`asr
104 al-Humazah
105 al-Fil al-feel
106 al-Quraysh
107 al-Ma`un
108 al-Kauthar
109 al-Kafirun
110 an-Nasr an-naSr
111 al-Lahab
112 al-Ikhlas
113 al-Falaq al-falaq
114 an-Nas an-naas

Teknik 6 : Minta orang dengar dan semak hafalan anda

Minta ibu, ayah, kawan atau sesiapa untuk dengar hafalan anda

Teknik 7 : Belajar Tajwid

Teknik 8: Guna satu jenis mushaf sahaja

Hafal guna satu jenis musyhaf sahaja contohnya kalau guna mushaf-rasm-uthmani, supaya anda dapat tahu kedudukan tempat behenti di mana dan susunan setiap baris ayat al-quran.

Cuba amalkan teknik yang diberikan 30 hari dan lihat kesannya, semoga bertambah kecintaan dan memdapat berkat dari Al-Quran.

Semoga bermanfaat dan semoga amalan kita diterima Allah.

Membaca : sanuk ri uka fala tan sya’

Dibaca sebelum salam sewaktu tangan di atas ubun-ubun selepas tahhiyat akhir solat fardhu.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: