≡ Menu

Tip Konsisten Solat Subuh

Tip Konsisten Solat Subuh

Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.

2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.

6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.

7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minitsebelum azan subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dna lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.

9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

Hong Leong Bank Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

HLB is embarking on a comprehensive multi year regional BIG DATA and Analytics transformational journey encompassing products, channels and services across the different markets. W...

Cobalt Recruitment
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Inhouse. General Counsel (Malaysia). The Company. Our client is one of the leading regional banks who is in an exciting phase of development and expansion. They are currently look...

OCBC Bank (Malaysia) Berhad
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 18 Oct 2017

Auditor Operations & Finance. Responsibilities. Report to Head, Operations & Finance Audit Department. Assess business risks and evaluate the effectiveness and adequacy of internal...

KPMG PLT
  |  Petaling Jaya, Selangor
 - 18 Oct 2017

Description. Integrity, quality and independence are the building blocks of KPMG's approach. Fundamental to a risk based audit approach, we understand the way our clients run thei...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment