php hit counter

Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

hutang

Membayar hutang di dunia dengan wang. Manakala membayar hutang di akhirat dengan pahala dan dosa. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. menggesa kita melangsaikan segala hutang selagi masih dunia dan selagi wang harta masih diterima Oleh manusia. Pahala itu lebih bernilai daripada harta, dan miskin di dunia lebih ringan daripada miskin di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya

“Sesiapa yang pernah melakukan kejahatan kepada orang lain sama ada berkaitan dengan kehormatan ataupun selain itu, maka mintalah dihalalkan pada hari ini sebelum tidak berguna dan dirham. Jika dia memiliki maka ia akan diambil sesuai kejahatannya. Jika dia tidak memiliki amal soleh, maka diambil dosa orang yang dilakukan perbuatan jahat tersebut lalu dibebankan kepadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmizi)

Satu Kezaliman

Kita masih berbincang tentang hari pembalasan. Pada hari itu nanti, semua perbuatan kita selama di dunia akan diperhitungkan. Semua hak akan dicukupkan kepada pemiliknya. Tiada satu pemilik hak pun yang akan dihalangi daripada hak-haknya yang dizalimi. Dan tiada seorang pun yang dapat lari daripada hak orang lain walaupun sedikit.

Salah satu hak tersebut ialah hutang dan pinjaman. Salah satu daripada penyakit manusia adalah mengelak atau “melarikan” diri daripada melunaskan dan membayar hutang. Ramai juga pemberi hutang yang hanya mampu bersabar iantaran tidak mampu untuk meraihkan kembali hak-haknya.

Enggan membayar hutang merupakan satu bentuk kezaliman yang keji. Pelakunya boleh dikatakan telah membalas kebaikan dengan keburukan. Oleh sebab itu, ia sangat dibenci di sisi Allah dan di mata manusia.

Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Menangguhkan hutang padahal mampu membayarnya adalah satu kezaliman.” (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai agama yang mencintai keadilan, Islam sangat menghormati hak pemilikan seseorang. Islam melihatnya sebagai sesuatu yang suci. Tiada sesiapa yang boleh mengambil hak milik orang lain tanpa keizinan dan kerelaan hati daripada pemiliknya.

Daripada Abu Humaid al-Saidi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seseorang mengambil tongkat saudaranya tanpa kerelaan hati saudaranya.”(Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya)

Al-Amir al-San’ani menyatakan dalam Subul al-Salam: “Hadis ini menunjukkan haramnya harta seorang Muslim terhadap orang lain, walaupun sedikit kecuali dengan kerelaan hati. Dan ijmak telah berlaku bagi perkara ini.”

Hak Orang bukan Islam

Kesucian hak milik harta tetap terjaga meskipun berkaitan dengan seseorang yang bukan beragama Islam. Seorang Muslim wajib menjaga hak orang lain tanpa mengira bangsa dan agama kerana perbuatan ini merupakan akhlak mulia yang sangat disokong dalam Islam.

Rasulullah s.a.w. mengecam orang yang menzalimi hak orang bukan Islam. Orang seperti ini tidak akan mendapat syafaatBaginda pada hari kiamat nanti. Malah, dia akan menjadi musuh Nabi s.a.w.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Dalam Sunan Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah, sesiapa yang menzalimi mu’ahid (kafir zimmi), mencelanya, membebaninya dengan tugasan yang melebihi kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaan hati, maka aku akan menjadi musuhnya pada hari kiamat nanti.”

Mati Membawa Hutang

Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat ataupun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati.

Sesiapa yang meninggal dunia sebelum melunaskan hutang-hutang ketika hidupnya, maka rohnya akan terhalang daripada memasuki syurga. Dia tidak akan terlepas daripada “ikatan” tersebut sehinggalah ia dijelaskan.

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin terikat dengan hutangnya sehingga dibayarkan (hutang tersebut) baginya.”

Oleh sebab itu, hindarilah mati dengan membawa hutang. Jika mampu membayarnya ketika hayat masih ada, maka janganlah ditunda-tunda. Jika kita mati terlebih dahulu dan tidak berkesempatan, perlulah dipastikan agar ia ditulis sebagai wasiat agar ahli waris dapat membayar hutang tersebut bagi si mati.

Imam Ibn Abd al-Bar menyatakan dalam kitab al-Istizkar: “Ijmak ulama menyatakan bahawa orang yang meninggalkan hutang wajib berwasiat agar dapat dibayarkan hutang tersebut. Lebih utama jika dia membayar hutangnya semasa hidup. Jika dia telah berwasiat dan meninggalkan harta untuk membayarnya, maka dia tidak akan terhalang daripada memasuki syurga, insyaAllah.”

Jelasnya, hutang bukanlah perkara ringan. Tnada orang yang meringan-ringankannya melainkan orang yang tidak takut pada hari pembalasan.

Menjadi Muflis

Sesiapa yang tidak melangsaikan hutang-hutangnya di dunia, maka para pemilik hak tersebut akan datang menuntutnya di akhirat nanti. Pada hari tersebut, mereka tidak meminta dibayar dengan wang tetapi mereka akan menuntut semua pahala yang dimilikinya.

Imam Muslim meriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabatnya yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis (bankrap)?”

Para sahabat menjawab: “Muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta.”

Baginda bersabda: “Sesungguhnya, orang muflis ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa dan zakat. Namun dia pernah mencela, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul si polan. Maka orang ini akan datang untuk mengambjl pahala-pahalanya. Jika pahalanya telah habis sebelum menyelesaikan semua tuntutan ini, maka dosa-dosa mereka akan dibebankan kepadanya, lalu dia pun dicampakkan ke neraka.”

Semoga Allah menjaga kita daripada perkara-perkara yang dapat menghalang kita daripada masuk ke dalam syurga.

Amin ya Rab al-‘Alamin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.