≡ Menu

TESTIMONI KETINGGIAN AKHLAK RASULULIAH S.A.W

TESTIMONI KETINGGIAN AKHLAK RASULULIAH S.A.W

Allah s.w.t. menyebut dalam al-Quran, melalui firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang terbaik (uswah hasanah).” (Surah al-Ahzab 33: 21)

“Sesungguhnya engkau (Rasulullah s.a.w.) benar-benar berbudi pekerti agung (khuluqin ‘azim).” (Surah al-Qalam 68: 4)

Apabila Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah r.ha. diminta menerangkan keperibadian Rasulullah s.a.w., maka jawapannya adalah dengan ungkapan yang masyhur ini: “Sesungguhnya akhlaknya ialah al-Quran.” (Riwayat Ahmad)

Peribadi Rasulullah s.a.w. ibarat gambaran al-Quran yang hidup. Kehidupan Baginda s.a.w. ibarat mentafsirkan ajaran al-Quran. Keindahan cahaya al-Quran terpancar pada wajah dan sinar akhlak Baginda. Setiap perilaku dan tindakan Baginda bertepatan dengan al-Quran dan menjadi sunnah ikutan.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment