≡ Menu

Tahun Pertama hingga Tahun Ketiga Dakwah Terbuka

Tahun Pertama hingga Tahun Ketiga Dakwah Terbuka

Tahun pertama hingga tahun ketiga dakwah terbuka adalah bersaman dengan tahun keempat dan keenam sesudah nubuwwah.

Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah:

1. Rasulullah s.a.w melakukan perisytiharan terbuka bagi menerangkan tujuan perutusannya kepada kaum kerabatnya dan kepada kaum musyrikin Makkah seluruhnya’.

2. Quraisy melakukan penentangan pusingan pertama terhadap risalah. Rasulullah s.a.w dengan menggunakan para penyair seperti Abu Sufyan ibn Harith, ‘Amr ibn al-‘As dan ‘Abdullah ibn Zubairi bagi mengejek-ejek dan menghina RasululLah s.a.w dan kaum muslimin.

3. Quraisy melakukan penentangan pusingan kedua dengan pemimpin-pemimpin mereka mencabar Rasulullah s.a.w agar menunjukkan bukti kerasulannya dengan perkara-perkara ‘ajaib’.

4. Rasulullah s.a.w mengisytiharkan secara keras dan lantang bahawa ‘amalan penyembahan berhala adalah satu perbuatan syirik yang tidak akan diampunkan Allah. Patung-patung berhala dan penyembah-penyembahnya akan sama-sama dicampakkan ke dalam api neraka’.

5. Pemimpin-pemimpin Quraisy yang merasakan status quo mereka terancam, telah melancarkan penentangan pusingan ketiga dalam bentuk memberi amaran perang kepada Rasulullah s.a.w melalui bapa saudaranya Abi Talib‘.

6. Abu Talib menegaskan sekali lagi jaminan perlindungannya dan Bani Hasyim terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w.

7. Kaum Quraisy melakukan penyeksaan terhadap kaum muslimin di umana para hamba diseksa oleh tuan mereka, manakala pemuda-pemuda Quraisy pula diseksa oleh kaum kerabat mereka sendiri.

8. Pemimpin-pemimpin Quraisy menukar pendekatan untuk melunturkan perjuangan Islam setelah pendekatan dengan cara penyeksaan tidak berhasil. Ini dilakukan dengan tawar menawar dan meminta Rasulullah s.a.w bertolak ansur’.

9. Kemuncak penyeksaan pada tahun kedua dakwah terbuka menggerakkan Rasulullah s.a.w untuk mengizinkan sebahagian daripada sahabalmya untuk melakukan hijrah pertama ke Habasyah’.

10. Cahaya cerah menyinari saff muslimin dengan kemasukan Hamzah ibn ‘Abdul Muttalib dan ‘Umar ibn al-Khattab ke dalam Islam‘. Islam bangkit menjadi satu idcntiti yang mencabar ketuanan Quraisy di Makkah.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment