≡ Menu

Tahiyat (السلام عليكم )

Tahiyat (السلام عليكم )

Menitipkan ucapan “selamat” sesama manusia sesuatu yang ma’ruf dan menjadi adat  kebiasaan yang telah diaplikasikan sejak dahulu lagi dan setiap jamaah itu ada alternatifnya tersendiri. Barangkali, seni ucapan sesuatu komuniti dirasakan janggal bagi sebahagian yang lain, walhal ia sesuatu yang secocok dengan uruf atau pandangan mereka.

Firman Allah Ta’ala:

Ayat 27 Surah An-nur

Ayat 23,24 Surah Az-zariat

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas, kita dapat simpulkan betapa Islam menitikberatkan alunan “Assalamualaikum” di kalangan umatnya hatta malaikat juga menuntunkan salam kepada para nabi dan rasul. Malah, ia juga adalah tahiyyat rasmi warga syurga dan tahiyyat malaikat dengan mereka serta pembuka komunikasi para malaikat dengan makhluk  yang baru diciptakan.

Sabda Baginda SAW: “Allah telah menjadikan Adam dengan bentuknya. panjang 60 depa, setelah diciptanya, Allah berkata padanya.” “Pergi dan beri salam kepada beberapa malaikat yang ada pada ketika itu dan dengarkan tahiyyatnya (ucapannya)”. Lalu Adam berkata: “Assalamualaikum”! Mereka menjawab: “Assalamualaika warahmatullah”, mereka telah menambah ‘warahmatullah’.

Tidak syak lagi bahawa tahiyyat salam adalah alternatif paling relevan dalam mengkejapkan kemesraan sesame insan, menyubur keamanan dan kasih sayang. Rentetan itu, Allah mengiktiraf salam sebagai tahiyyat watan syurga hinggakan Allah sendiri  mengalunkan tahiyyat kepada mereka ketika memasuki syurga dengan firman-Nya:

Ayat 23,34 Surah Ar-ra’d

Ayat 10 Suah Yunus

Dalam hadis-hadis nabawi juga banyak menyebut tentang galakan menuturkan salam.  Antaranya:-

Sabda baginda:”tidak akan masuk syurga sehingga ia beriman, dan tidak akan beriman sehingga berkasih sayang di antara mereka, mahukah aku tunjukkan padamu sesuatu jika kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu!“ (Riwayat  Muslim)‘

Seterusnya, hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi: Sesungguhnya lelaki datang kepada Baginda SAW, lalu bertanya: “Di manakah yang dikatakan Islam itu baik?” Jawab Baginda SAW:”Sentiasa kamu memberi makan dan memberi salam kepada yang kamu kenal dan tidak kenal”. Tahiyyat salam merupakan gantian kepada tahiyyat zaman jahiliyahz ‘im  sobahan, ‘im masaan’ yang bererti nikmatilah pagimu! Nikmatilah petangmu! Sepertimana yang glamour kini selamat pagi dan selamat malam. Ucapan yang disyariatkan Islam seringan-ringannya “Assalamu ‘alaik”, dan disunatkan menambah “Warahmatullahi wabarakatuh” dan dijama‘kan (Assalamualaikum) berteraskan firman Allah:

Ganjaran salam itu dibalas 10 ganjaran dan setiap tambahan dilipatgandakan senilai 10 kali yang diwartakan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aishah RA: “Berkata Rasulullah padaku: “itu Jibril AS memberi salam padamu”. Lalu jawab Aishah, “waalaihissalam warahmatullahi wabarakatuh .

Ucapan ‘Alaikassalam’ hukumnya makruh kerana ia dikategorikan sebagai ucapan kepada orang mati sepertimana daiam hadis at-Tirmizi dan Abu Daud (al-Azkar an-Nawawi). Memberi salam hukumnya sunat manakala menjawabnya adalah wajib. Maka, berdosalah bagi yang enggan menjawabnya. Jika berkumpulan, memadai seorang sahaja yangmenjawabnya. Begitu juga sebaliknya. Ini berdalilkan hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud: sabda Baginda SAW: “Memadai bagi jamaah memberi salam seorang saja dari mereka, begitu juga bagi yang menjawab memadai seorang saja”.

Walaupun ucapan salam menjadi syariat dalam Islam tetapi terdapat beberapa kondisi yang dikecualikani

1. Semasa dalam tandas atau bilik air, makruh memberi salam dan menjawabnya.

2. Jika seorang itu tidur atau mengantuk.

3. Seorang yang sedang bersolat atau melaungkan azan. Haram bagi yang bersolat menjawabnya dengan ‘alaikum’ dan membatalkan solatnya. Sebaliknya, tidak terbatal dengan lafaz ghaib (alaihi). Namun, disarankan rnenjawabnya dengan isyarat. Tidak makruh atas muazzin menjawab salam.

4. Jika seorang yang sedang menjamah makanan yang isnya masih berlegar dalam mulut. Jika di sapa juga sunat menjawabnya. Adapun tiada makanan dalam mulutnya maka wajib menjawabnya.

5. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang mendengar khutbah kerana mereka disuruh untuk senyap. Akan tetapi, ada pendapat menyatakan senyap itu sunat, maka hendaklah dijawab seorang saja dikalangan mereka.

6. Seorang yang sibuk membaca al-Quran makruh dikurniakan salam. Sekiranya diberi salam juga, kebanyakan ulama‘ berpendapat perlu berhenti sejenak dan wajib membalasnya. Kemudian, perlulah mengulang bacaan ayat tadi. Begitu juga mereka yang sedang berdoa atau talbiah ketika ihram.

7. Perempuan bukan muhrim, orang fasik dan orang bukan Islam.

Hukum menjawab salam apabila mendengarnya dari televisyen, radio, atau membacanya dari
tulisan?

Berdasarkan Kitab al-Azkar, Abi Saad al-Mutawalli berbicara seandainya seseorang menulis warkah kepada seseorang dan tertera padanya: ‘AssalamuaIaikum’ wajib si penerima menjawab salam itu. Begitu juga keterangan Imam ai-Wahidi dan lainnya yang tertera dalam kitab ‘Syarah Soheh Muslim’ oleh Imam Nawawi. Ini berangkaian dengan salam seseorang yang melalui wasilah insan lain atau rakaman kaset kepada individu atau jemaah tertentu, maka wajib membalasnya.

Sebaliknya. ulama‘ bertelagah dalam masalah salam yang dirakam dalam kaset tanpa difokuskan kepada golongan tertentu. lni sejajar dengan masalah mendengar bacaan surah as-Sajadah dari rakaman kaset. Daiam kes tersebut, tidak disunatkan sujud sejadah walaupun sebabnya tidak disepakati. Ada yang berhujah tidak sah kerana hilang syarat tamyiz (berakal) melalui alternatif tersebut, ada yang berpersepsi bukan bacaan manusia dan segolongan menyatakan bahawa bacaan tersebut bacaan surah as-Sajadah, maka tidak wajib menjawab salam yang dirakam. Ini disokong oleh Syeikh Atiyyah Saqr (seorang ulama‘ Universiti Al-Azhar).

Kontrasnya, timbul perspesi ulama yang mengatakan neraca wajib menjawab salam tersebut tidak akan jatuh selagi pemberi salam tidak mendengarnya seperti yang disebut dalam al-Azkar.

Secara tuntasnya, menjawab salam bagi yang menciengarnya secara langsung melalun televisyen atau seumpamanya tetap wajib walaupun pemberinya tidak mendengar jawapan tersebut. Hukumnya sanna seperh menjawab salam yang disampaikan melalui tulisan Berbeza dengan para penonton atau pendengar yang mengikuti rancangan yang ke udara tersebut Hukumnya fardhu kifayah menjawab saiam itu jika salah seorang menjawabnya yang mana ia menggugurkan bebanan di pundak selainnya.

Adakah memadai memberi salam dengan isyarat tangan umpamanya ganti kepada ucapan mulut?

Abu Daud telah meriwayatkan dari Asma binti Yazid berkata:”Telah lalu hadapan kami Rasululullah SAW dan memberi salam pada kami(sekumpulan wanita)”. Dalam riwayat lain.

“Telah lalu Rasulullah SAW dalam masjid sedangkan kami ada di situ (beberapa wanita). lalu mengisyaratkan tangannya dengan memberi salam”(Hadis riwayat at-Tirmizi: hadis  hasan)

Sesungguhnya tahiyyat “Assalamua|aikum” tidak memadai dengan isyarat tanpa lafaz, walaupun isyarat tersebut sebagai simbolik yang membantu menjaga perasaan orang yang memberi salam kepadanya. meskipun ianya tidak dilarang. Isyarat tanpa Iafaz akan membantutkan saranan Sunnah dan menghalang termeterai visinya. Dalam knab karangan Tirmizi dari Amru bin Syuaib dari ayahnya dari datuknya dari Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Bukan dari golongan kami yang menyerupai selain dari kami, jangan menyerupai Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya safam orang Yehudi dengan isyaraf jari dan salam orang Nasrani dengan isyarat tapak tangan Berkata Tirmizi: sanadnya dhoif

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 19 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 19 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment