≡ Menu

Sunnah Mengutamakan Kebersihan

kepentingan-menjaga-kesihatan-kebersihan

Islam sangat menganjurkan umatnya agar meniaga kebersihan. Persekitaran yang bersih dapat mencegah pelbagai penyakit. Kebersihan alam sekitar merupakan perkara yang sangat penting untuk diambil peduli. Seharusnya ia menjadi budaya dalam ke hidupan setiap orang lslam.
 
Banyak ayat al-Quran Dan hadis yang menyarankan agar umat Islam menjaga kebersihan. Antaranya Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa kebersihan ialah tanda keteguhan keirnanan seseorang. Orang yang tidak mempedulikan kebersihan, maka imannya kurang sempurna.
 
Sebenarnya, tubuh manusia itu sendiri mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar. Ini kerana manusia dijadikan daripada unsur alam dan penghujungnya akan kembali kepada asal kejadiannya. Oleh sebab itu, sekiranya alam sekitar berada dalam keadaan baik, maka manusia akan hidup dalam keadaan sihat
 
Apabila menyebut tentang kebersihan alam sekitar, sebenarnya ia meliputi kebersihan sumber air, udara, persekitaran tempat tinggal dan sebagainya.
 
Allah s.w.t. sangat mencintai orang yang bertaubat iaitu menyucikan diri daripada dosa, syirik dan seumpamanya serta orang yang menjaga kebersihan diri. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri (Surah al-Baqarah 2: 222)
 
Kebersihan Sumber Air
 
Allah s.w.t. menyebut dalam al-Quran bahawa air merupakan asal kehidupan. Tanpa air, kehidupan manusia tidak boleh diteruskan. Ini kerana kehidupan di bumi sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan, sangat memerlukan air. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal daripada air, maka mengapa mereka tidak beriman?” (Surah al-Anbiya’ 21:30)
 
Selain untuk diminum, banyak kegiatan dan aktiviti lain manusia yang memerlukan air seperti membasuh, memasak, bercucuk tanam dan sebagainya. Justeru, menjaga kebersihan sumber air merupakan kewajipan dan tanggungjawab yang harus dipikul kerana air yang tercemar boleh menyebabkan tersebarnya berbagai-bagai jenis penyakit. Kerana itu Rasulullah s.a.w. melarang kencing di dalam air, terutamanya air yang bertakung.
 
Ibn Abbas mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jauhi tiga perkara yang terkutuk.” Ada daripada kalangan sahabat bertanya: “Apakah hal-hal yang terkutuk itu, wahai RasuIullah?” Baginda s.a.w. menjawab: “Duduk di tempat berteduh orang yang dalam perjalanan, duduk di jalan dan membuang air kecil dan besar di air yang tidak mengalir.”
Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah sekali-kali kamu kencing di kolam yang aimya tidak mengalir, selepas itu kamu mandi dan wuduk di situ.” (Riwayat al-Nasa’i)
 
Abdullah bin Mughaffal menyatakan Nabi s.a.w. melarang kencing di dalam kolam tempat mandi dan berkata: “Kebanyakan keraguan datang daripadanya.” (Riwayat al-Tirmizi)
 
Hadis-hadis tersebut jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. telah mendahului pejuang-pejuang kebersihan alam sekitar dan pencinta alam masa kini dalam menjaga kebersihan dan kesihatan.
 
Kebersihan Jalan dan Tempat Awam
 
Abu Hurairah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebersihan jalan: “Wahai Nabi Allah. Ajarkan sesuatu yang boleh aku ambil manfaatnya.”
 
Baginda menjawab yang bermaksud: “Bersihkan jalan kaum Muslimin daripada kotoran dan sampah.” (Riwayat Muslim)
Kita sering kali melihat di jalan-jalan terdapat sampah sarap yang tidak dipedulikan sehingga ia mengeluarkan bau yang sangat busuk. Sepatutnya jalan-jalan umum ini bersih kerana ia mencerminkan sikap penduduk sekitarnya. Sekiranya jalan-jalan umum ini dibiarkan kotor dengan sampah sarap, maka ia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan tersebarnya pelbagai penyakit.
 
Rasulullah s.a.w. juga menyuruh umatnya agar membuang sebarang benda yang mengganggu jalan sama ada batu, duri, bangkai binatang dan sebagainya bagi menghindari sebarang risiko berbahaya kepada pengguna jalan tersebut.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Senyumanmu ketika bertemu dengan saudaramu ialah sedekah. Mencegah daripada kemungkaran dan mengajak kepada makruf juga sedekah. Menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat ialah sedekah. Memimpin orang yang lemah pandangannya ialah sedekah. Begitu juga perbuatan menyingkirkan batu, duri dan tulang di jalanan ialah sedekah dan memberikan air kepada saudaramu juga sedekah.” (Riwayat al-Tirmizi)
 
Selain itu, Rasulullah s.a.w. mengancam orang yang mengotorkan tempat-tempat awam terutamanya masjid sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Meludah di dalam masjid ialah dosa dan cara menghapuskannya adalah dengan membuangkannya keluar dari masjid.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Begitu juga hadis lain riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Masjid ini tidak boleh dicemari oleh najis dan kotoran kerana ia tempat berzikir dan membaca al-Quran.” (Riwayat Muslim)
 
Rasulullah Pencinta Alam Sekitar
 
Terdapat satu hadis yang sangat menarik riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menebang pohon sidrah (bidara), maka Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam neraka.”
 
Sidrah ialah sejenis tumbuhan berduri yang tumbuh di padang pasir, tahan dengan cuaca kering dan berdahan cukup lebat sehingga boleh bernaung selesa di bawahnya daripada panas matahari.
 
Imam Abu Daud ditanya tentang huraian hadis ini lalu beliau berkata dalam Sunannya: “Sesiapa menebang pohon sidrah (bidara) di padang pasir yang menjadi tempat bernaung orang yang bermusa?r dan binatang dengan tanpa sebab yang jelas, maka Allah s.w.t. akan memasukkan kepalanya ke dalam neraka.”
 
Justeru, Rasulullah s.a.w. melarang daripada menebang pokok yang menjadi peneduh dan tempat rehat kepada orang ramai dengan ancaman neraka kerana perbuatan tersebut boleh menyusahkan orang ramai yang perlu berteduh. Jadi, bukankah Nabi s.a.w. telah mendahului pencinta-pencinta alam sekitar masa kini dalam hal menjaga alam sekitar, melarang penebangan pohon yang hijau agar persekitaran bersih, sihat, segar dan indah?
 
Perlu Ada Kesedaran
 
Sesungguhnya alam sekitar yang bersih sangat penting kerana ia boleh memberikan kita suasana yang selesa, harmoni dan menyamankan. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar sudah tentu akan memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada manusia.
 
Bayangkan sekiranya keadaan tempat yang kita duduk sama ada di rumah, tempat-tempat rekreasi, masjid, pejabat atau jalan dipenuhi dengan sampah sarap, kotoran, najis dan sebagainya, adakah kita akan hidup dalam keadaan yang selesa dan nyaman?
 
Bayangkan juga sekiranya udara yang kita hidup ini tercemar dengan bau busuk, serta air yang mengalir di sungai dan laut tercemar dengan pelbagai bahan buangan, adakah kita akan hidup dalam keadaan selesa dan nyaman? Sudah tentu keadaan ini tidak membahagiakan kita dan mendedahkan kita dengan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan diri.
 
Bayangkan juga sekiranya udara yang kita hidup ini tercemar dengan bau busuk, serta air yang mengalir di sungai dan laut tercemar dengan pelbagai bahan buangan, adakah kita akan hidup dalam keadaan selesa dan nyaman? Sudah tentu keadaan ini tidak membahagiakan kita dan mendedahkan kita dengan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan diri.
 
Oleh sebab itu, pilihlah jalan selamat sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam kerana segala kerosakan yang berlaku berpunca dari tangan manusia sendiri. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Rum ayat  41, yang bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan lautan dengan sebab apa yang telah diikukan oleh tangan manusia.”
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment