≡ Menu

Subuh Ancaman dan Kemusnahan

Subuh Ancaman dan Kemusnahan

Umat yang mengabaikan solat Subuh akan lumpuh, tidak kira bagaimana tinggi sekalipun teknologi dan pencapaian ekonomi mereka. Jika waktu Subuh itu sumber kekuatan, waktu Subuh itu jugalah sumber ancaman dan kemusnahan. Mari kita lihat apa yang terjadi kepada kaum Nabi Lut. Bilakah saat kemusnahan mereka berlaku? Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah pada waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud 11: 81)

Kaum Nabi Hud, kaum Nabi Soleh; kaum Thamud, juga dihancurkan pada waktu subuh yakni ketika mereka masih tinggal di rumah-rumah mereka (belum keluar lagi). Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaanlah akhimya bagi kaum Thamud.” (Surah Hud 11: 67-68)

Kaum Yahudi turut dimusnahkan di Khaibar  kerana mengkhianati umat Islam juga pada  waktu selepas subuh. Pada saat itu, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang  bermaksud: “Sesungguhnya kami mendatangi satu kaum, maka buruklah pagi han’ yang dialami  orang yang diperingatkan itu.”(Riwayat al-  Bukhari dan Muslim)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment