≡ Menu

Soalan Apakah Ini?

Soalan Apakah Ini

Setelah menduduki satu ujian akhir semester, seorang pelajar cemerlang menemui profesornya. Tujuannya hanya satu, untuk bertanya kewajaran soalan terakhir dalam kertas soalan tersebut.

“Prof, adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir?”

“Ya, sudah tentu.”

“Tapi Prof, itu soalan luar daripada sukatan dan tiada kena-mengena dengan mata pelajaran ini,” pelajar itu cuba memberikan komen.

“Kamu silap. Ia ada kaitan dengan sukatan pelajaran.”

“Mungkin Prof terlupa.

Soalannya berbunyi, ‘Siapakah nama tukang cuci Jabatan Kejuruteraan Aeronautik?’ Bagi saya, soalan ini langsung tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil!”

“Pelajar seperti kamu tidak hanya semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal pun belum cukup. Sikap peduli seorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti mungkin hanya akan bekerja dengan mesin.”

Pengajaran: Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yang tercatat di atas kertas. Kita menjadi ibarat robot yang sangat patuh kepada sistem. Hakikatnya Islam membawa saranan agar mementingkan nilai kemanusiaan. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post: