≡ Menu

Seni Pertuturan Satu Kelebihan

Seni Pertuturan Satu Kelebihan

Segala puji bagi Allah, yang menjadikan kita boleh bertutur, moga bertuturnya kita adalah untuk kebaikan. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia, sebenar-benar pertuturan insan. Selamat sejahtera dan rahmat Tuhan, kepada penuturkebenaran.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama pembaca melihat dan menilai suatu seni anugerah Tuhan, seni pertuturan, yang cuba dikupas daripada beberapa aspek, walaupun bukan semua, kalau terdapat kesilapan atau penambahan, komen anda amat diharapkan. Tajuk ini dipilih, memandangkan betapa pentingnya kita sebagai azhariyin dan azhariyat memiliki dan mehguasai keindahan seni pertuturan, moga indahnya pertuturan kita menambah serinya Islam.

Senario permasalahan dan keengganan para azhari berucap atau menyampaikan tazkirah kerana kelemahan pertuturan menjadi fokus utama Thaqafah kali ini, dan tertumpu kepada pertuturan dalam jangka masa yang singkat (kerana tazkirah dan ucapan biasanya tidak memakan masa yang lama). Bermakna, penulis tidak membincangkan dalam konteks yang lebih besar seperti ceramah dan forum, mungkin jika ada upaya, akan dikupas dalam keluaran SUKEJ akan datang.

Pertama, ia bermula daripada memilih tajuk. Memilih tajuk adalah sangat penting, kerana para pendengar ingin mengetahui apakah skop pertuturan atau ucapan kita, dari mana kita bermula, ke mana kita akan sampai, dan di mana kita akan berhenti. Malah ia adalah langkah pertama yang sangat penting bagi mengelakkan kita daripada merepek kerana tiada tajuk, atau terputus di tengah jalan tanpa dapat disambung.

Tambahan pula, pendengar akan lebih selesa dan dapat berfikir bersama-sama, malah dapat menilai sejauh mana kebenaran apa yang cuba disampaikan. Seterusnya, kecilkan tajuk ketika memilihnya. Sebagai contoh, jangan memilih tajuk mengenai ilmu, kerana tajuk ini terlalu luas ruang lingkup dan perbahasannya, tetapi dikecilkan supaya ia difokuskan kepada suatu perkara, mudah-mudahan pendengar akan memfokuskan pendengarannya kepada apa yang cuba disampaikan. Mungkin contoh tajuk yang boleh dibawakan seperti sebab-sebab lupanya ilmu, maka penyampaian kita hanya tertumpu kepada sebab dan berkisar sekitar ruang lingkup itu sahaja. Ini adalah sangat penting bagi menzahirkan kematangan penyampai. Elakkan terkeluar dari pada tajuk kerana pendengar boleh merasa bosan dan tertanya-tanya, bilakah akan tamat. Tanamkan keinginan membawa pendengar supaya bersama-sama kita sepanjang ia zkirah berjalan.

Penulis tidak berniat untuk mengajar para pembaca, malah menyedari ada pembaca yang lebih mahir dalam hal pertuturan sebegini. Komen dan pendapat pembaca sangat dialu-alukan, moga kita sama-sama dapat membantu menigkatkan keupayaan bertutur para azhari sekelian.

Ketiga, mula mengumpul isi. Penting untuk diperhatikan, ia mencari isi yang kukuh. Isi yang kukuh ibarat pedang yang tajam. Menghentam putus, dihentam luka. Apakah isi “yang lebih kukuh yang dapat kita petik lebih daripada ayat-ayat suci al-Quran dan hadis. Kemudian kata-kata cendiakawan dan ulama’, sejarah dan hasil kerja ilmiah. Pastikan semua isi yang dikumpulkan kembali semula kepada tajuk yang telah dipilih, malah sedapat-dapatnya isi itu ditulis, dan lebih baik lagi sekiranya dihafaz. Alangkah indahnya tazkirah kita sekiranya diselangi dengan dalil sekukuh al-Quran dan sebenar hadis.

Sekiranya sahabat pernah mengikuti suatu pertemuan bersama Yang Amat Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Hayyu A’syir pada akhir tahun 2003 yang lepas, kita dapat melihat bagaimana satu contoh ucapan yang cemerlang, dimana beliu hanya cuba menyampaikan satu tajuk, ‘Semua Manusia Memerlukan Agama’, satu tajuk yang telah diikecilkan dan difokuskan, kemudian diselangi dengan berpuluh-puluh hujah dan dalil daripada al-Quran, hadis, sejarah, yang mana semua dalil dihafaz lalu disampaikan bagaikan peluru yang bertalu-talu.

Amat perlu dinyatakan, apabila berhentilah ketika pendengar masih mahu mendengar, pada ketika mereka ternanti-nanti sesuatu, dan bukannya berhentitatkala mulut ternganga luas menahan sangap. Inilah antara kekurangan yang selalu dilakukan oLeh mereka yang menyampaikan tazkirah, yang mana mengakibatkan pendengar asyik dan sentiasa mahu lari dari mendengar tazkirah. Apalagi kalau tazkirah itu langsung tidak menarik perhatian.

Masalahnya, bagaimanakah caranya untuk menarik perhatian?

Malasalahnya, bagaimanakah caranya untuk menarik perhatian? Bukan susah sebenarnya untuk kita mengumpul isi, kerana sudah maklum kita sebagai mahasiswa Al-azhar yang menguasai pelbagai bidang itu, isi dan dalil penuh berlambak di dada kitab dan di kotak ingatan, tetapi bagairnanakah mahu menyampaikan satu tazkirah yang berkualiti, hingga yang tertidur boleh jaga, yang jaga boleh ternganga.(bukan sangap) Mulakan tazkirah anda seperti biasa dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasul-Nya, sebagai mukaddimah, dan terangkan tajuk yang anda ingin sampaikan. Kemudian cuba sampaikan tazkirah anda dengan cara bercerita. Siapa yang tidak suka mendengar cerita, tak kira tua muda semua suka mendengar cerita, tetapi biarlah dipadankan dengan pendengar, bercerita kepada mahasiswa Al-azhar tidak sama dengan bercerita kepada kanak-kanak.

Mungkin juga kita boleh menggunakan uslub pertanyaan, mulakan dengan sepuluh persoalan kepada tajuk. Biasanya dengan cara ini membuatkan pendengar memikirkan jawapan kepada persoalan kita. Berilah soalan-soalan yang menaikkan minat mereka menjawabnya, itu juga boleh dikira satu daya tarikan. Keupayaan bertanya V sangat menakjubkan, sehingga kalau kita perhatikan di antara uslub al-Quran adalah pertanyaan, yang mana membawa pelbagai makna dan maksud yang tersendiri.

Antara perkara yang boleh menarik perhatian juga ialah menyampaikan sesuatu yang pelik dan tidak logik. Terus terang mereka akan menolaknya, maka penolakan mereka ini juga boleh dikira menarik perhatian, mereka akan sentiasa tertunggu-tunggu apakah sebab dan daliinya kita berkata be-gitu. Malah tidak mustahil mereka asyik menunggu peluang untuk menolak pendapat kita. Silap-silap habis tazkirah kita sambung lagi satu tazkirah. Tetapi ingatlah, apabila sudah berhasil menarik perhatian mereka, bawalah mereka bersama-sama mengupas tajuk itu, kerana itulah tujuan kita menyampaikan tazkirah, keberhasilan menarik perhatian seterusnya menyampai yang patut disampaikan.

Sebagai kesimpulan yang kita dapat ambil, hendak atau tidak semuanya bermula daripada mencuba, pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli. Dan cuba renungkan kata-kata ini: (Khairul kalam ma kolla wa dalla):

(Sebaik-baik kalam adalan yang ringkas dan memberi petunjuk (kepada apa yang hendak disampaikan).

Synthomer
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Synthomer's European Graduate Programme (SynGP) offers highly qualified university graduates excellent career prospects and the unique opportunity to create a group wide network of...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Senior Perl Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and highly experienced Senior Perl Developer. You will write robust, high quality, and production ready code that...

Uber
  |  (Unspecified city), Johor
 - 20 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Tangent International
  |  (Unspecified city),
 - 19 Jul 2017

Executive Marketing Consultant. We are looking for an Executive Marketing Consultant, who will be result oriented and able to act as a key advisory to the Carrier Network Project,...

Uber
  |  Johor Bahru, Johor
 - 19 Jul 2017

SIAPA KAMI. Pandu dengan Uber dan dapat bayaran mingguan dalam bentuk tambang dengan membantu komuniti kita bergerak sekitar bandar. Memandu dengan Uber adalah cara hebat untuk me...

Binary.com
  |  (Unspecified city),
 - 20 Jul 2017

Cryptocurrency Blockchain Developer. Binary.com is seeking a driven, proactive, and experienced developer with extensive knowledge of cryptocurrency and blockchain concepts. You w...

neuvoo job search kerja-kerja

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment