php hit counter

Sejarah Awal Kemerdekaan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

merdeka

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyannya “Asia untuk Orang Asia”. Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan Meiji. Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan Jerman apabila Peran Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang Pasi?k.

Jepun berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan manakluki Singapura
pada 15 Februari 1941.

Pulau Pinang ditawan pada 17 Disember 1940 manakala Kuala Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun mendapatkan bantuan daripada negara Thai untuk menawan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki Yamashita, Singapura diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hsil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Kereta api Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu’ lagu kebangsan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun. Untuk memulihkan ketenteraman Tanah Melayu kerajaan sementara ditubuhkan iaitu PTB atau Pentadbiran Tentera British.

Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan puia Parti Komunis Malaya.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Gna. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM keluar dari hutan untuk bermaharaja. PKM telah menubuhkan banyak pertubuhan seperti Min Yuen, MRLA dan sebagainya demi mencapai matlamatnya. PKM membunuh 3 orang bangsa Eropah di Sungai Siput pada 15 Jun 1948. Ini menyebabkan darurat diisytiharkan oleh Edward Gent pada 19 Jun 1948 dan PKM diharamkan.

Pelbagai langkah diambil untuk menentang komunis. Undang-undang darurat dikemukakan, kad pengenalan diperkenalkan, rancangan- rancangan seperti Rancangan Briggs dan Rancangan Templer juga dilaksanakan. Menjelang tahun 1960, ancaman komunis dapat dikawal. Pada 31 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tamatnya 12 tahun darurat.

KEMERDEKAAN

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuar) memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau Lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa KeiRa dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.