≡ Menu

Punca-punca Komputer Dijangkiti Virus

Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak penyedia internet.

Namun masih ada lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkah-langkah pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang “update” (kemaskini) perisian anti virus.

Pada artikel ini saya ingin berkongsikan mengenai laluan dan punca utama virus tersebar dan menjangkiti komputer :-

1. E-mel

Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan.

Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail  “attachment”.

2. Download (muat turun)

Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .

Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.

3. Klik Iklan

Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”. Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati.

Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus berada pada pautan tersebut

4. Memasang perisian yang mencurigakan

Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain.

5. Melayari Laman Web Lucah

Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.

6. Perisian anti virus tidak dikemaskini (update)

Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan kerap.

Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan kerajaan.

Experteer GmbH
  |  Shah Alam, Selangor
 - 20 Oct 2017

Unser Auftraggeber ist eine international tätige Unternehmensgruppe mit knapp 600 Mitarbeitern an sieben Standorten in Europa, USA, Malaysia und China. Als global agierendes Untern...

DHR International Neumann Deutschland GmbH - München
  |  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
 - 20 Oct 2017

CTPartners Neumann Europäisches Unternehmen in High Tech Gebäudetechnik Unser Kunde gehört zu den weltweit führenden Anbietern von Zugangssystemen für Gebäude, Parkhäuser und Veran...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 19 Oct 2017

Description. This CRM Team will consist of 3 people. 1 Senior Consultant, and 2 Consultant, with Application Management for CRM. We are searching for a local delivery Team of 2 3 C...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Single contributor roleBased in KL, Malaysia PURPOSE The successful incumbent will be responsible for expanding the company's business field in assigned region. He She...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. Reporting to the head of the business unit, you will be required to design, implement and manage the business IT Workplace of the future with the latest IT innovations...

RegionUP
  |  (Unspecified city),
 - 20 Oct 2017

Description. JOB DESCRIPTION Formulate policy and coordinate industrial relations activities of the organisation such as employment, compensation, labour relations and employee ser...

neuvoo job search kerja-kerja

Incoming search terms:

punca-punca virus komputer
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment